PASAR TANI JALAN OMAR, BATU PAHAT


Maklumat Lanjut


Pasar Tani ini di buka pada tahun 1988 di Jln Abdul Rahman, Batu Pahat. Ia merupakan Pasar Tani pertama yang dibuka dan Pasar Tani yang terbesar di Daerah Batu Pahat. Selapas 4 tahun beroperasi, Pasar Tani ini telah berpindah ke Jalan Omar. Lokasi Pasar Tani ini adalah di tapak stesen bas lama bagi daerah Batu Pahat. Pasar Tani ini juga mempunyai jumlah usahawan seramai 60 orang yang terdiri daripada pentani, penternak, nelayan serta usahawan Industri Asas Tani dan makanan dari seluruh daerah Batu Pahat serta daerah yang berhampiran. Botok-Botok (bahasa Jawa bothok) adalah makanan khas masyarakat Jawa yang diperbuat awalnya dari ampas yang sudah diambil sarinya (santan) ataupun nama lainya kerisik. Pada awalnya botok yang dibuat dari kelapa ini dimasak agar ampas kelapa yang masih bergizi ini tidak dibuang, kemudian dicampur dengan cili, bawang putih, bawang merah, santan,garam, daun salam, daun kaduk dan ulam ulaman lain. Dibungkus dalam daun pisang bersama ikan tenggiri, kemudian dikukus. Kini zaman teknologi telah berkembang, pelbagai benda dicipta untuk kemudahan manusia yang sibuk berkerjaya. Tidak terkecuali dengan terciptanya mesin lemang. Kaedahnya sama sahaja seperti memasak lemang cara tradisional. Cuma berbeza adalah ianya mesra alam dan memudahkan kerja. Tak perlu tunggu berjam-jam untuk jaga api, mesin lemang terdapat 13 batang besi bagi mengantikan buluh lemang, menggunakan gas untuk di masak tanpa menggunakan arang. Ada yang bersaiz besar dan kecil, kelebihan lemang besi ialah lemang masak sempurna dari atas hingga kebawah, lemang besi ini boleh didapati di pasar tani Jalan Omar setiap hari beroprasi tidak tertumpu pada hari perayaan sahaja. Tapai adalah makanan tradisional yang ditemui di seluruh Asia Timur dan Asia Tenggara dan terkenal di Malaysia, Ia adalah pes alkohol dan mempunyai rasa manis atau masam dan boleh digunakan secara langsung sebagai makanan atau dalam resipi tradisional. Tapai dibuat daripada ubi kayu atau beras pulut di campur dengan ragi. Di pasar tani Jalan Omar tapai di jual dengan harga RM5.00 untuk 3 bekas.

Jadual

Maklumat
Alamat Jalan Omar, Batu Pahat
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 12.00 tgh

Tarikan Berhampiran


Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 6.50 6.80 0.30 08-05-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 08-05-2019
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 08-05-2019
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 30.40 32.00 1.60 08-05-2019
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 08-05-2019
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 08-05-2019
7 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 08-05-2019
8 IKAN SELAR KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 08-05-2019
9 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 08-05-2019
10 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 2.10 2.50 0.40 08-05-2019
11 PISANG MAS KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 08-05-2019
12 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 08-05-2019
13 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 08-05-2019
14 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 08-05-2019

Penginapan Berhampiran

Pasar Tani ini di buka pada tahun 1988 di Jln Abdul Rahman, Batu Pahat. Ia merupakan Pasar Tani pertama yang dibuka dan Pasar Tani yang terbesar di Daerah Batu Pahat. Selapas 4 tahun beroperasi, Pasar Tani ini telah berpindah ke Jalan Omar. Lokasi Pasar Tani ini adalah di tapak stesen bas lama bagi daerah Batu Pahat. Pasar Tani ini juga mempunyai jumlah usahawan seramai 60 orang yang terdiri daripada pentani, penternak, nelayan serta usahawan Industri Asas Tani dan makanan dari seluruh daerah Batu Pahat serta daerah yang berhampiran. Botok-Botok (bahasa Jawa bothok) adalah makanan khas masyarakat Jawa yang diperbuatbuat awalnya dari ampas yang sudah diambil sarinya (santan) ataupun nama lainya Kerisik. Pada awalnya botok yang dibuat dari  kelapa ini dimasak agar ampas kelapa yang masih bergizi ini tidak dibuang, kemudian dicampur dengan cili, bawang putih, bawang merah, santan,garam, daun salam, daun kaduk dan ulam ulaman lain. Dibungkus dalam daun pisang bersama ikan tenggiri, kemudian dikukus. Kini zaman teknologi telah berkembang, pelbagai benda dicipta untuk kemudahan manusia yang sibuk berkerjaya. Tidak terkecuali dengan terciptanya mesin lemang. Kaedahnya sama sahaja seperti memasak lemang cara tradisional. Cuma berbeza adalah ianya mesra alam dan memudahkan kerja. Tak perlu tunggu berjam-jam untuk jaga api, mesin lemang terdapat 13 batang besi bagi mengantikan buluh lemang, menggunakan gas untuk di masak tanpa menggunakan arang. Ada yang bersaiz besar dan kecil, kelebihan lemang besi ialah lemang masak sempurna dari atas hingga kebawah, lemang besi ini boleh didapati di pasar tani Jalan Omar setiap hari beroperasi tidak tertumpu pada hari perayaan sahaja. Tapai adalah makanan tradisional yang ditemui di seluruh Asia Timur dan Asia Tenggara dan terkenal di Malaysia, Ia adalah pes alkohol dan mempunyai rasa manis atau masam dan boleh digunakan secara langsung sebagai makanan atau dalam resipi tradisional. Tapai dibuat daripada ubi kayu atau beras pulut di campur dengan ragi. Di pasar tani Jalan Omar tapai di jual dengan harga RM5.00 untuk 3 bekas.