PASAR TANI TAMAN MUTIARA RINI


Maklumat Lanjut


Pasar Tani Taman Mutiara Rini terletak di kawasan perumahan Elit, perumahan sederhana dan flat Mutiara Rini. Kebanyakkan penduduk adalah dikalangan kakitangan kerajaan dan swasta. Kawasan perumahan yang sangat berkembang pesat dikawasan Nusajaya. Lokasi Pasar Tani ini beroperasi di tapak parkir kenderaan Masjid Mutiara Rini. Terdapat pelbagai komoditi jualan ade dijual di sini dari barangan basah, barangan keperluan dapur dan aneka makanan. Antara makanan popular yang menjadi kegemaran pengunjung ke Pasar Tani ini adalah Burasak Asam Pedas Ikan Parang, merupakan resepi turun temurun kaum Bugis di Negeri Johor. Makanan popular yang juga di minati oleh pelbagai kaum termasuk kaum cina, ianya dihidang bersama Asam Pedas Ikan Parang. Makanan yang hanya dihidangkan ketika Hari Raya kini boleh didapati di pasar tani. Selain itu juga Lepat Lui juga adalah makanan tradisi masyarakat kaum Bugis Negeri Johor. Juga dihidangkan bersama Asam Pedas berbagai jenis ikan dan serunding. Pau Viral juga salah satu makanan popular di sini, pau yang didapati dalam pelbagai bentuk dan rasa seperti Pau Ayam, Pau Strawberi, Pau Jagung, Pau Cendawan dan lain-lain. Pau yang viral hanya boleh didapati di Pasar Tani Taman Mutiara Rini.


Jadual

Maklumat
Alamat Taman Mutiara Rini Johor Bahru
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 12.00 tgh

Tarikan Berhampiran


Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 8.50 8.90 0.40 28-08-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 28-08-2019
3 DAGING PEJAL KILOGRAM 35.10 37.00 1.90 28-08-2019
4 IKAN CENCARU KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 28-08-2019
5 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 14.20 15.00 0.80 28-08-2019
6 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 28-08-2019
7 IKAN SELAR KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 28-08-2019
8 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 28-08-2019
9 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 2.10 2.50 0.40 28-08-2019
10 PISANG MAS KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 28-08-2019
11 TELUR AYAM BIJI 0.50 0.50 0.00 28-08-2019
12 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 28-08-2019
13 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 1.70 2.00 0.30 28-08-2019
14 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 5.20 5.50 0.30 28-08-2019

Penginapan Berhampiran

Pasar Tani Taman Mutiara Rini terletak di kawasan perumahan Elit, perumahan sederhana dan flat Mutiara Rini. Kebanyakkan penduduk adalah dikalangan kakitangan kerajaan dan swasta. Kawasan perumahan yang sangat berkembang pesat dikawasan Nusajaya.

Lokasi Pasar Tani ini beroperasi di tapak parkir kenderaan Masjid Mutiara Rini. Terdapat pelbagai komoditi jualan ade dijual di sini dari barangan basah, barangan keperluan dapur dan aneka makanan.

Antara makanan popular yang menjadi kegemaran pengunjung ke Pasar Tani ini adalah Burasak Asam Pedas Ikan Parang, merupakan resepi turun temurun kaum Bugis di Negeri Johor. Makanan popular yang juga di minati oleh pelbagai kaum termasuk kaum cina, ianya dihidang bersama Asam Pedas Ikan Parang. Makanan yang hanya dihidangkan ketika Hari Raya kini boleh didapati di pasar tani. Selain itu juga Lepat Lui juga adalah makanan tradisi masyarakat kaum Bugis Negeri Johor. Juga dihidangkan bersama Asam Pedas berbagai jenis ikan dan serunding.

Pau Viral juga salah satu makanan popular di sini, pau yang didapati dalam pelbagai bentuk dan rasa seperti Pau Ayam, Pau Strawberi, Pau Jagung, Pau Cendawan dan lain-lain. Pau yang viral hanya boleh didapati di Pasar Tani Taman Mutiara Rini.