PASAR TANI TAMAN NUSANTARA

Maklumat Lanjut

Pasar Tani ini dibuka pada 23 Disember 2010 dan ianya adalah inisiatif daripada Jawatankuasa Penduduk Taman Nusantara bersama pihak FAMA sendiri. Lokasi tapak Pasar Tani Taman Nusantara ini berhampiran dengan Pusat Pentadbiran Negeri Johor di Nusajaya. Jarak antara Puteri Harbour dengan lokasi ini adalah sejauh 10km. Majoriti pengunjung adalah penjawat awam dan pelancong dari Singapura serta penduduk tempatan sendiri yang menyebabkan Pasar Tani ini menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli-belah.

Makanan popular di Pasar Tani Taman Nusantara ini adalah seperti Yong Taufu dimana resipi turun temurun keluarga, dimakan bersama kuah sup dan sambal yang sedap. Selain itu, Nasi Kerabu Daging Black Pepper juga adalah antara menu makanan yang dicari pengunjung pada setiap minggu di Pasar Tani ini kerana keunikannya. Pada kebiasaannya, nasi kerabu dimakan dengan ayam atau daging bakar, tetapi ianya dimakan dengan daging yang dimasak bersama lada hitam.

Tidak ketinggalan juga Susu Kambing Segar (Tan Chan Abdullah) dijual oleh seorang Mualaf yang menternak sendiri kambing berkenaan. Sebanyak 4 jenis perisa yang dijual dan boleh dipilih oleh pengunjung.  Susu diperah pada awal pagi dan dijual pada waktu Operasi Pasar Tani setiap minggu. Dijual pada harga RM3.00 sebotol. Jika beli 5 botol, usahawan akan memberi percuma sebotol lagi.

Jadual

Maklumat
Alamat Taman Perumahan Nusantara Gelang Patah
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
4.00 ptg - 9.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.40 7.80 0.40 23-03-2019
2 IKAN CENCARU KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 23-03-2019
3 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 23-03-2019
4 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 10.40 11.00 0.60 23-03-2019
5 IKAN SELAR KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 23-03-2019
6 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 23-03-2019
7 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 23-03-2019
8 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 23-03-2019
9 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 13-10-2018
10 DAGING PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 30-06-2018
11 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 01-03-2018
12 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 01-03-2018
13 PISANG MAS KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 01-03-2018
14 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 01-03-2018

Penginapan Berhampiran