PASAR TANI PADANG SERAI

Maklumat Lanjut

Pasar Tani Padang Serai yang mula beroperasi sejak tahun 2004 diwujudkan memberi peluang kepada masyarakat menceburi bidang perniagaan. Menerusi pasar tani, satu kawasan yang berpotensi untuk dikunjungi orang ramai telah dipilih, biasanya di kawasan perumahan. Iklan akan ditawarkan untuk memberi peluang masyarakat menyertai bidang perniagaan. Barang-barang yang boleh dijual biasanya sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, daging dan kuih-muih. Setiap peniaga dihadkan jenis barang yang dijual untuk mengelakkan sesuatu barang itu dijual oleh peniaga yang sama.  Mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang pertanian atau perniagaan berpeluang memulakan langkah untuk memasarkan hasil titik peluh mereka.

Barangan yang dijual di Pasar Tani Padang Serai berkualiti, segar dan bermutu tinggi kerana dibawa terus dari ladang. Harga barangan lebih murah berbanding di kedai runcit biasa.  Hal ini berlaku kerana kakitangan FAMA akan memantau mutu barangan dan harga yang dijual oleh peniaga.  Oleh itu, dengan membeli-belah di pasar tani, pengguna dapat menyahut seruan kerajaan untuk menjayakan kempen berjimat-cermat ketika kegawatan ekonomi dan kenaikan harga barangan.

Jadual

Maklumat
Alamat Bersebelahan Stesen Bas Padang Serai, Kulim
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
4.00ptg-10.00mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini

Penginapan Berhampiran