PASAR TANI PENDANG

Maklumat Lanjut

Sempena menyahut seruan Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak dalam “ Kempen Lebihkan Makan Ulam-Ulaman “. Pasar Tani Pendang giat mempromosikan pelbagai jenis ulam-ulaman kampung. Pengunjung juga dapat memilih ulam yang susah didapati ditempat lain seperti halia bara, pucuk beka dan tenggek burung. Disamping itu, ulam-ulaman biasa juga dijual disini seperti petai, jering, pucuk janggus, pucuk putat, pegaga dan banyak lagi.

Jika anda penggemar kacang dan ubi, disini terdapat sejenis kacang yang susah didapati iaitu kacang poi dan ubi kemili. Selain itu, pengunjung dapat membeli aneka jenis ikan sungai seperti ikan lampam dan haruan  samada yang masih segar atau yang sudah diproses menjadi kering atau dijadikan pekasam.

Jika ditanya tentang makanan, terdapat satu gerai yang menyediakan menu makanan yang agak unik iaitu masak lemak siput dan kerabu pucuk beka. Selain dari produk mentah, pelbagai prasarana yang menarik disediakan berdekatan Pasar Tani Pendang iaitu mini stadium, bazar rakyat, kolam renang untuk danak-kanak dan kawasan sukan berkuda. Ini dapat memudahkan pelanggan beriadah dan terus membeli barangan dapur disini.

Jadual

Maklumat
Alamat Berdekatan Kolam MADA Pendang
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00pg-12.00tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini

Penginapan Berhampiran