PASAR TANI TAMAN WIRA

Maklumat Lanjut

Jika anda berada di sekitar Mergong dan berhampiran Stesen Bas Shahab Perdana adalah satu kemestian untuk mengunjungi  Pasar Tani Taman Wira yang beroperasi dari jam 7.00 pagi sehingga 12.00 tgh  pada setiap hari  Jumaat, Ahad dan Rabu. Bagi peminat Apom Lenggang, Nasi Ayam Berempah , Pulut Mangga, Pulut Durian Nasi Kerabu dan Nasi Ulam, jom! Cuba ke gerai pasar tani di Taman Wira ini.  

Untuk anda pula yang suka membeli bahan mentah segar, nah! Pilihan Ikan laut segar adalah antara yang menjadi titipan wajib bagi pengunjung setia pasar tani di sini. Semudah pilih, timbang dan bayar. Mahal tak? Ish, kalau mahal silakan terus ke kaunter urusetia Pasar Tani kami. Di situ ada pegawai bertanggungjawab yang senantiasa ada bagi memantau segala aktiviti urus niaga para peniaga. Terbaik bukan?

Harga di sini semua dipantau dan dijamin sangat berbaloi murah. Cuma, kalau nak datang, jangan lupa bawa duit lebih. Pasti takkan menyesal. Jangan dengar dari bibir kawan saja, mari! Rasai sendiri nikmat membeli barang mentah mahupun segala jenis juadah di sini. Tak tahu di mana ianya terletak? Mudah saja, cari mercu tanda Masjid Taman Wira dan Stesyen Bas Shahab Perdana.

Jadual

Maklumat
Alamat TAMAN WIRA ALOR SETAR
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00pg-12.00tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.60 8.00 0.40 20-11-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 20-11-2019
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 20-11-2019
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 31.30 33.00 1.70 20-11-2019
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 7.60 8.00 0.40 20-11-2019
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 20-11-2019
7 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 20-11-2019
8 IKAN SELAR KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 20-11-2019
9 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 20-11-2019
10 PISANG MAS KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 20-11-2019
11 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 20-11-2019
12 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 20-11-2019
13 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 20-11-2019
14 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 20-11-2019

Penginapan Berhampiran