PASAR TANI DATARAN KADA KOK LANAS

Maklumat Lanjut

Pasar Tani Dataran KADA Kok Lanas ini ditubuhkan pada 23 Disember 2008. Beroperasi setiap hari Selasa bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Pasar Tani ini terletak dipinggir taliair,  walaupun mempunyai jumlah  peniaga yang tidak ramai tetapi keistimewaannya ialah pengunjung setianya adalah kaum cina. Komoditi yang menjadi pilihan disini ialah ikan segar dan ikan masin sungai disamping kuih muih tempatan.

Antara makanan popular yang menjadi kegemaran pengunjung di Pasar Tani ini adalah Pulut Dakap, pulut yang dikembar dua dinamakan pulut dakap ianya adalah antara kuih manis yang diperbuat dari pulut berintikan pisang menjadi kegemaran penduduk Kelantan. Selain itu juga Pulut Pagi juga ada dijual di Pasar Tani ini, Pulut Pagi adalah kuih tempatan orang Kelantan. Ia mempunyai rasa yang sangat manis dan dimakan bersama hirisan inti kelapa.

Jadual

Maklumat
Alamat Dataran KADA di Kok Lanas, Kota Bahru
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
8.00 pg - 1.00 ptg

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 6.20 6.50 0.30 09-12-2019
2 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 8.50 9.00 0.50 09-12-2019
3 IKAN CENCARU KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 09-12-2019
4 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 09-12-2019
5 IKAN SELAR KILOGRAM 19.00 20.00 1.00 09-12-2019
6 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 09-12-2019
7 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 09-12-2019
8 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 09-12-2019
9 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 2.10 2.50 0.40 04-11-2019
10 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 23-09-2019

Penginapan Berhampiran