PASAR TANI PENGKALAN DATU

Maklumat Lanjut

Terletak di tepian sungai bersejarah Pengkalan Datu yang merupakan tempat bersejarah di Kelantan . Kawasan ini juga dikenali Kota Raja Jembal yang mempunyai salasilah dengan kesultanan Kelantan. Pasar tani ini hanya 6 kilometer dari lapangan terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu menghala ke Bachok melalui Pekan Tawang.

Keistimewaan pasar tani ini ialah mempunyai aktiviti pelancongan seperti pembuatan wau, jualan barangan di dalam perahu, pertunjukan dikir barat, kertok dan lain lain yang diuruskan penduduk setempat. Makanan tradisi kelantan seperti etak, nasi kerabu, nasi gulai kawah serta kuih tradisi merupakan sajian yang dinantikan pengunjung untuk makan bersama keluarga di atas rakit sungai pengkalan datu.

Pengunjung juga boleh menempah perahu untuk mudik sungai Pengkalan Datu dengan bayaran amat rendah disamping melihat cara mengambil buah dan nira pokok nipah yang rasanya cukup lazat. Semestinya kunjugan anda disini pada hari sabtu dari pukul 8.00 pagi hingga 12.30 petang pasti mengamit kenangan.

Jadual

Maklumat
Alamat Pejabat FAMA, Kuala Krai
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
8.00 pg - 1.00 ptg

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.10 7.50 0.40 18-09-2019
2 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 18-09-2019
3 DAGING PEJAL KILOGRAM 28.50 30.00 1.50 18-09-2019
4 IKAN CENCARU KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 18-09-2019
5 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 18-09-2019
6 IKAN SELAR KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 18-09-2019
7 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 18-09-2019
8 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 1.40 1.80 0.40 18-09-2019
9 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 18-09-2019
10 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 18-09-2019
11 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 30-05-2018
12 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 23-05-2018
13 PISANG MAS KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 11-04-2018

Penginapan Berhampiran