PASAR TANI MACHANG

Maklumat Lanjut

Merupakan antara Pasar Tani terawal penubuhannya di Negeri Kelantan iaitu pada 01 September 1989. Beroperasi setiap hari Jumaat bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Terkenal dengan kebersihan dan kuih tradisi serta hasil kampung. Pasar Tani ini juga tidak menjual buah - buahan import, Pasar tani ini juga mempunyai peniaga ikan air tawar yang paling ramai di Kelantan. Terletak di tengah bandar Machang bersebelahan Taman permainan kanak – Kanak menjadikan kesukaan para ibubapa kerana boleh beriadah dan membeli belah pada satu masa. Antara hasil kampung dan sungai yang popular di Pasar Tani ini ialah Siput sedut sungai , Siput sedut sawah (kechai), ikan pepuyu, daging lembu kampong.

Selain hasil kampung penduduk tempatan, kuih muih tempatan juga tidak kurang hebat dijual di Pasar Tani ini, antaranya seperti Cek Mek Molek, Badak Sira Gula, Tepung Pelita dan bermacam-macam lagi. Jadi!!! Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Pasar Tani Machang ini.

Jadual

Maklumat
Alamat Jalan Pejabat Machang
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
8.00 pg - 1.00 ptg

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.10 7.50 0.40 18-07-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 18-07-2019
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 18-07-2019
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 28.50 30.00 1.50 18-07-2019
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 18-07-2019
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 18-07-2019
7 IKAN SELAR KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 18-07-2019
8 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 18-07-2019
9 TELUR AYAM BIJI 0.30 0.30 0.00 18-07-2019
10 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 18-07-2019
11 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 5.70 6.00 0.30 18-07-2019
12 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 04-07-2019
13 PISANG MAS KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 02-06-2019
14 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 1.20 1.50 0.30 25-04-2019

Penginapan Berhampiran