PASAR TANI PASIR TUMBOH

Maklumat Lanjut

Pasar Tani kedua terbesar di pinggir Kota Bharu terletak sebelahan jalan besar ke Kuala Terengganu di tubuhkan pada 06 November 1990. Beroperasi 3 kali seminggu pada hari Jumaat, Sabtu dan selasa bermula jam 7.00 pagi hingga 1.00 petang. Terkenal dengan sayur kampung dari petani sekitar dan kuih muih tradisional Negeri Kelantan.

Nasi komok telah menjadi makanan utama di sini walau berasal dari negara jiran Thailand. Pasar tani ini juga menjadi tumpuan petani - petani kampong menjual hasil sayuran dan buahan seperti pisang berangan kampong yang mempunyai permintaan yang tinggi kerana rasa yang lemak dan manis. Kanak – kanak juga teruja merasai aiskrim kocok yang amat popular zaman 70an dahulu dengan harga serendah RM1. 

Jadual

Maklumat
Alamat Desa Darulnaim Pasir Tumboh, Kota Bahru
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 1.00 ptg

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.40 7.80 0.40 15-07-2019
2 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 14.20 15.00 0.80 15-07-2019
3 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 15-07-2019
4 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 15-07-2019
5 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 15-07-2019
6 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 08-07-2019
7 IKAN CENCARU KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 08-07-2019
8 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 08-07-2019
9 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 1.70 2.00 0.30 24-06-2019
10 IKAN SELAR KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 28-01-2019

Penginapan Berhampiran