PASAR TANI BUKIT ANGKASA

Maklumat Lanjut

Namanya seakan terletak jauh di atas angkasa namun pasar ini hanya terletak di pinggir kotaraya Kuala Lumpur di kawasan Pantai Dalam. Dibuka pada 12 Februari 2016. Tapak asal yang dahulunya hanya tanah merah dan berbecak kini dikelilingi bangunan-bangunan tinggi termasuklah kawasan perumahan mewah Bangsar South yang dahulunya dikenali sebagai Kampung Kerinchi. Hampir setiap hari Jalan Pantai Permai ini digunakan sebagai pasar termasuk Pasar Malam yang diadakan 4 kali seminggu. Pasar Tani ini beroperasi setiap hari Ahad jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari menempatkan sebanyak 64 orang perniaga dan 107 petak niaga dengan pelbagai barangan yang diniagakan.

Ikan yang segar dan sayur kampung dari Kuala Selangor merupakan daya tarikan utama Pasar Tani ini. Setiap pagi akan berpusu-pusulah pengunjung mencari produk segar ini. Selain produk segar, biji kopi diolah lembut menjadi serbuk kopi dijual terus kepada pelanggan Pasar Tani. Perniaga muda berperwatakan kemas yang diberi jolokan nama Mat Rezeki ini sentiasa mengukir senyuman melayan pelanggan setiap masa. Perniaga senyum pengunjung gembira. Pasar Tani Bukit Angkasa sentiasa menanti ketibaan anda.

Jadual

Maklumat
Alamat Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00pg-12.00tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.10 7.50 0.40 24-05-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 24-05-2019
3 DAGING PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 24-05-2019
4 IKAN CENCARU KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 24-05-2019
5 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 24-05-2019
6 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 12.30 13.00 0.70 24-05-2019
7 IKAN SELAR KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 24-05-2019
8 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 24-05-2019
9 PISANG MAS KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 24-05-2019
10 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 24-05-2019
11 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 24-05-2019
12 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 24-05-2019
13 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 24-05-2019
14 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 30-04-2019
15 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 23.70 25.00 1.30 09-04-2019

Penginapan Berhampiran