PASAR TANI DANAU KOTA

Maklumat Lanjut

Sebut sahaja Danau Kota, pasti kita terbayang Uptown Danau Kota, terbayang kasut dan baju pelbagai jenis di jual pada waktu malam. Jangan dilupa aktiviti perniagaan setiap pagi ahad, terdapat Pasar Tani yang sentiasa padat dengan pengunjungnya. Jika anda berada di kawasan sekitar Setapak, Pasar Tani Danau Kota adalah satu kemestian untuk dikunjungi. Jika anda ingin menguji daya ketahanan membeli-belah, cubalah ke Pasar Tani ini dan jika anda berjaya balik dengan tangan kosong, ANDA HEBAT!!! Anda tidak perlu ke Sekinchan atau Kuala Selangor untuk mendapatkan hasil laut segar, Pasar Tani Danau Kota menawarkan udang galah, kerang, kupang, siput lala dan pelbagai ikan segar dengan harga yang berpatutan. Setiap kali tibanya Bulan Ramadan, kita pasti mencari bubur lambuk untuk jamuan berbuka. Di Pasar Tani ini, sepanjang masa dari Muharram hingga Zulhijjah bubur lambuk tersedia untuk dibeli. Tidak perlu lagi menunggu Bulan Ramadan, tapi tunggu hingga hujung minggu sahaja.

Jadual

Maklumat
Alamat Berhampiran stesen minyak Shell, tapak Up Town,Danau Kota
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00pg-12.00tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini

Penginapan Berhampiran