PASAR TANI PUTRAJAYA


Maklumat Lanjut


Putrajaya merupakan bandar terancang yang dibangunkan bagi dijadikan Pusat Pentadbiran Persekutuan yang baru menggantikan Bandaraya Kuala Lumpur. Dengan keunikan struktur bangunan dan keindahan panorama, Putrajaya berjaya sebagai pusat pentadbiran berciri moden dan icon perlancongan baru bagi Malaysia. Secanggih mana dan sehebat mana pun sesebuah kawasan, Pasar Tani dan masyarakat berpisah tiada. Di atas permintaan, Pasar Tani Putrajaya telah di adakan pada 3 Mac 2006 pada setiap hari Jumaat dan kemudiannya ditambah bilangan operasi pada setiap hari selasa mulai 12 Ogos 2008. Penambahan waktu operasi ini membuktikan masyarakat Putrajaya yang maju juga memerlukan Pasar Tani untuk membeli barang keperluan walaupun telah wujudnya Pasaraya ketika itu.

Pasar Tani Putrajaya menempatkan lebih 300 lot perniagaan dengan pelbagai barangan jualan yang memastikan anda tidak perlu ke banyak tempat untuk mencari barangan keperluan dapur dan santapan malam. Bagi yang inginkan suasana santai, Pasar Tani ini juga menyediakan kawasan makan berkanopi, isteri membeli-belah encik suami boleh berehat di kawasan tempat makan. Hasil laut yang pelbagai, daging segar dan ayam yang halal merupakan daya tarikan utama pengunjung ke Pasar Tani ini. Selain itu, pelbagai makanan dijual dengan lebih daripada 50 varieti makanan. Berilah wang saku lebih kepada isteri untuk membeli-belah disini, isteri gembira keluarga bahagia.

Jadual

Maklumat
Alamat Berhampiran dengan Bangunan Kementerian Kewangan
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
4.00ptg-10.00mlm

Tarikan Berhampiran

Image

Masjid Putra

Masjid Putra ialah sebuah masjid yang terletak di Putrajaya, Malaysia. Masjid ini merupakan simbolik dan mercu tanda di Putrajaya.Pembinaan masjid ini bermula pada 1997 dan disiapkan dua tahun kemudian pada 1999. Masjid ini terletak bersebelahan...

View More


Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 8.10 8.50 0.40 19-07-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.30 4.80 0.50 19-07-2019
3 DAGING PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 19-07-2019
4 IKAN CENCARU KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 19-07-2019
5 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 18.00 19.00 1.00 19-07-2019
6 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 19-07-2019
7 PISANG MAS KILOGRAM 5.20 5.50 0.30 19-07-2019
8 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 19-07-2019
9 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 19-07-2019
10 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 19-07-2019
11 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 6.60 7.00 0.40 19-07-2019
12 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 18.00 19.00 1.00 16-07-2019
13 IKAN SELAR KILOGRAM 21.80 23.00 1.20 16-07-2019
14 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 02-11-2018
15 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 14.20 15.00 0.80 24-08-2018

Penginapan Berhampiran

Image

Hotel Bangi-Putrajaya

A picturesque 5-star conference resort, conveniently located midway between Kuala Lumpur International Airport and Kuala Lumpur city centre. Built atop Bandar Baru Bangi’s highest peak, it is surrounded by a 27-hole championship golf...

View More

Image

Putrajaya Marriott Hotel

The hotel has 380 elegant and spacious guestrooms, 73 Executive rooms and 35 exclusive suites. All rooms are regulated by international standards with the Revive® Bedding Collection of soft, silky, 300 thread count sheets, custom sheeted...

View More

Putrajaya merupakan Bandar terancang yang dibangunkan bagi dijadikan Pusat Pentadbiran Persekutuan yang baru menggantikan Bandaraya Kuala Lumpur. Dengan keunikan struktur bangunan dan keindahan panorama, Putrajaya berjaya sebagai pusat pentadbiran berciri moden dan icon perlancongan baru bagi Malaysia. Secanggih mana dan sehebat mana pun sesebuah kawasan, Pasar Tani dan masyarakat berpisah tiada. Di atas permintaan, Pasar Tani Putrajaya telah di adakan pada 3 Mac 2006 pada setiap hari Jumaat dan kemudiannya ditambah bilangan operasi pada setiap hari selasa mulai 12 Ogos 2008. Penambahan waktu operasi ini membuktikan masyarakat Putrajaya yang maju juga memerlukan Pasar Tani untuk membeli barang keperluan walaupun telah wujudnya Pasaraya ketika itu.

Pasar Tani Putrajaya menempatkan lebih 300 lot perniagaan dengan pelbagai barangan jualan yang memastikan anda tidak perlu ke banyak tempat untuk mencari barangan keperluan dapur dan santapan malam. Bagi yang inginkan suasana santai, Pasar Tani ini juga menyediakan kawasan makan berkanopi, isteri membeli-belah encik suami boleh berehat di kawasan tempat makan. Hasil laut yang pelbagai, daging segar dan ayam yang halal merupakan daya tarikan utama pengunjung ke Pasar Tani ini. Selain itu, pelbagai makanan dijual dengan lebih daripada 50 varieti makanan. Berilah wang saku lebih kepada isteri untuk membeli-belah disini, isteri gembira keluarga bahagia.