PASAR TANI ALOR GAJAH

Maklumat Lanjut

Pasar Tani Alor Gajah mula dibuka pada 3 April 1988 dan beroperasi pada setiap hari Ahad dari 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari .Sehingga kini, jumlah peniaga di Pasar Tani seramai 26 orang yang terdiri daripada petani hasil pertanian dari Alor Gajah, Tampin Negeri Sembilan, penternak ikan air tawar dari Kg. Sg. Buloh, Alor Gajah dan peniaga makanan serta minuman dari penduduk sekitar Alor Gajah. Pasar Tani Alor Gajah terletak berhampiran Pasar Besar Alor Gajah yang beroperasi pada setiap hari (Isnin –Ahad) dan Pasar Minggu Persatuan Penjaja yang beroperasi dari petang Sabtu hingga pagi Ahad,Ini , menjadi Pasar Tani Alor Gajah sebagai tumpuan masyarakat mendapat keperluan harian seawal 6.00 pagi dan peniaga mula bersedia bermula 4.00 pagi untuk persiapan. Terdapat beberapa perkara yang menarikan perhatian pengunjung ke Pasar Tani ini iaitu jualan terus dari kolam penternak ikan air tawar dari Kg. Sg. Buloh, DUN Taboh Naning, Alor Gajah seperti ikan patin, keli, kap rumput, tilapia merah dan hitam, Penternak ini adalah Pemenang Pemasar Jaya dan Penternak Jaya Negeri Melaka. Disamping itu, Pasar Tani Alor Gajah berdekatan kawasan pelancongan seperti Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah, A FAMOSA FREEPORT OUTLET, Medan Selera Menggong yang terkenal dengan cucur udang Alor Gajah dan Dataran Kris Alor Gajah yang ada penganjuran Karnival dan perniagaan Karavan Tani/Food Truck pada hari minggu. Berkunjung ke Pasar Tani Alor Gajah ini seperti one stop centre untuk pelancong ke Negeri Melaka.

Jadual

Maklumat
Alamat Berhampiran Pasar Besar Alor Gajah
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 12.00 tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 6.50 6.80 0.30 18-05-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 6.60 7.00 0.40 18-05-2019
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 18-05-2019
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 30.40 32.00 1.60 18-05-2019
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 18-05-2019
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 19.00 20.00 1.00 18-05-2019
7 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 19.00 20.00 1.00 18-05-2019
8 IKAN SELAR KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 18-05-2019
9 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 18-05-2019
10 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 2.10 2.50 0.40 18-05-2019
11 PISANG MAS KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 18-05-2019
12 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 2.10 2.50 0.40 18-05-2019
13 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 18-05-2019
14 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 18-05-2019

Penginapan Berhampiran