PASAR TANI MERLIMAU

Maklumat Lanjut

Pasar Tani Merlimau mula dibuka pada  15 April 1988. Beroperasi setiap Hari Ahad dan selasa bermula jam 7.00pagi sehingga 12.00tengahari. Ia merupakan Pasar Tani ke 2 yang ditubuhkan di Negeri Melaka. Pasar Tani ini menjadi tumpuan masyarakat sekitar Bandar Merlimau dan Jasin dan lokasinya berhampiran perhentian bas Merlimau. Terdapat pelbagai makanan popular di Pasar Tani Merlimau ini antaranya Nasi Lemak Kukus berlauk, menjadi kegemaran pengunjung sekitar kawasan ini kerana nasinya yang dikukus lembut, sedap dimakan bersama ayam goreng atau rendang beraroma. Selain itu, terdapat puyuh goring,  ayam kampong, ikan segar dari Parit Jawa dan banyak lagi yang boleh di dapati disini. Jadi untuk anda semua yang mahu berkunjung ke Negeri Melaka, pastikan anda singgah ke Pasar Tani Merlimau ini.

Jadual

Maklumat
Alamat Berhampiran perhentian bas Merlimau
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 12.00 tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES STANDARD KILOGRAM 7.10 7.50 0.40 21-06-2021
2 BETIK KAMPUNG KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 21-06-2021
3 DAGING LEMBU PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 21-06-2021
4 IKAN CENCARU KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 21-06-2021
5 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 20.90 22.00 1.10 21-06-2021
6 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 14.20 15.00 0.80 21-06-2021
7 IKAN SELAR KILOGRAM 20.90 22.00 1.10 21-06-2021
8 KUBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 5.70 6.00 0.30 21-06-2021
9 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 21-06-2021
10 TIMUN HIJAU KILOGRAM 5.70 6.00 0.30 21-06-2021
11 TOMATO (TANAH TINGGI) KILOGRAM 6.60 7.00 0.40 21-06-2021
12 CILI MERAH MINYAK KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 08-05-2021

Penginapan Berhampiran