PTK BANDAR SERI JEMPOL

Maklumat Lanjut

Pasar Tani Bandar Seri Jempol ditubuhkan pada 03 Disember 1988. Beroperasi setiap hari Jumaat bermula jam 7.00pagi sehingga 12.00tengahari. Pasar Tani ini terletak di belakang Balai Polis Jempol, juga berhampiran dengan Kompleks Pentadbiran Daerah Jelebu. Bandar Seri Jempol atau sebelum ini lebih dikenali sebagai Bandar Baru Serting merupakan ibu daerah bagi Jempol. Pasar Tani Bandar Seri Jempol ini juga berada di dalam kawasan Gugusan Felda Wilayah Raja Alias dan ini merupakan faktor menarik yang merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di Daerah Jempol. Makanan panas, sejuk beku, produk PKS, ikan laut, ikan darat, ayam segar, ayam pencen, telur ayam, daging lembu, burung puyuh, ketam, udang, sotong, dan tak ketinggalan sayur-sayuran, ulam-ulaman kampung dan hutan, sehinggalah ke pakaian, semuanya ada. Di Pasar Tani ini ade menjual pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap antaranya seperti kuih bakar, Bahulu power, puyuh salai dan banyak lagi. Untuk anda yang bercadang untuk makan angin di Negeri Sembilan, jangan lupa untuk singgah ke Pasar Tani Bandar Seri Jempol ini.

Jadual

Maklumat
Alamat Bdr Baru Serting, Jempol
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 12.00 tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini

Penginapan Berhampiran