PASAR TANI BATU 4, PORT DICKSON

Maklumat Lanjut

Pasar tani Batu 4 Port Dickson ini antara Pasar Tani yang paling awal di tubuhkan di Negeri Sembilan. Mula dibuka pada 30 Julai 1986, beroperasi setiap Rabu bermula jam 7.00pagi sehingga 12.00tengahari. Pasar tani Batu 4 Port Dickson ini terletak berhadapan dengan pantai Batu 4 dan bersebelahan dengan Stesyen minyak Petronas.  Pasar Tani ini juga berhampiran dengan Kem Tentera, Port Dickson. Pasar Tani ini memang menjadi tumpuan masyarakat setempat serta pelancong-pelancong yang datang ke Batu 4. Makanan panas, sejuk beku, produk PKS, ikan laut, ikan darat, ayam segar, ayam pencen, telur ayam, daging lembu, burung puyuh, ketam, udang, sotong, dan tak ketinggalan sayur-sayuran, ulam-ulaman kampung dan hutan, sehinggalah ke pakaian semuanya ada. Boleh dikatakan hampir semua barangan keperluan harian boleh di dapati di Pasar Batu 4 ini, hanya menanti anda untuk datang dan membeli-belah sahaja. Jangan bimbang tentang harga barangan di Pasar Tani, kerana matlamat penubuhan Pasar Tani ini memang bertujuan untuk menjimatkan perbelanjaan pengguna.

Jadual

Maklumat
Alamat BATU 4, JALAN PANTAI, PORT DICKSON
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 12.00 tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini

Penginapan Berhampiran