PASAR TANI GIANT LUKUT

Maklumat Lanjut

Pasar Tani ini terletak di parkir Giant Lukut beroperasi setiap hari Jumaat bermula jam 4.00 petang hingga 10.00 malam. Kerjasama antara pihak FAMA dengan pihak Giant memberi kemudahan kepada penduduk setempat untuk mendapatkan pelbagai jenis produk dan bekalan harian di sini. Dikelilingi oleh deretan kedai serta kawasan perumahan memberi impak yang baik kepada peniaga di pasar tani ini. Makanan panas, sejuk beku, sayur-sayuran, ikan,  ayam, daging, produk PKS, produk kraftangan sehinggalah ke pakaian, tanaman dan bunga-bungaan termasuklah baja dan banyak lagi. Tak cukup lagi? Jika mahukan hasil laut dan darat yang segar, di sini juga tempat yang mampu buat anda rambang mata. Dari ikan air tawar, ayam pencen, telur ayam, burung puyuh, ketam, udang, sotong, hinggalah ke ulam-ulaman kampung dan hutan, semuanya ada. Makanan popular yang menjadi kegemaran pengunjung-pengunjung ke Pasar Tani ini ialah Nasi Kukus, merupakan sejenis makan yang popular di Pantai Timur Semanjung Malaysia. Keunikan dapat dilihat apabila proses memasak nasi kukus ini adalah dengan proses mengukus beras, tidak sama seperti memasak nasi menggunakan rice cooker.

Jadual

Maklumat
Alamat Giant Pekan Lukut, PD
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
4.00 ptg - 10.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.80 8.20 0.40 07-11-2018
2 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 07-11-2018
3 IKAN SELAR KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 24-10-2018
4 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 03-10-2018
5 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 8.50 9.00 0.50 03-10-2018
6 IKAN CENCARU KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 03-10-2018
7 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 14.20 15.00 0.80 03-10-2018
8 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 03-10-2018
9 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 03-10-2018
10 PISANG MAS KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 03-10-2018
11 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 03-10-2018
12 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 2.10 2.50 0.40 03-10-2018
13 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 3.00 3.30 0.30 03-10-2018
14 DAGING PEJAL KILOGRAM 33.20 35.00 1.80 21-09-2018
15 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 1.40 1.70 0.30 18-05-2018

Penginapan Berhampiran