PASAR TANI KUALA PILAH

Maklumat Lanjut

Pekan Kuala Pilah terkenal dengan kedai-kedai yang menjual emas dengan harga murah, bagi penduduk tempatan malahan penduduk luar Negeri Sembilan. Pasar Tani Kuala Pilah ini terletak berhampiran dengan Perhentian Bas Besar Kuala Pilah.

Jika anda datang kesini pastikan anda mencuba cendol di gerai berhampiran Perhentian Bas ini, ianya sangat terkenal pada penduduk tempatan. Pasar Tani ini menyediakan pelbagai jualan keperluan harian dari barangan basah seperti ikan laut. Ikan air tawar, ayam, daging segar, sayur-sayuran kampong, makanan hinggalah kepada pakaian dan bermacam-macam lagi.

Pasar tani ini terkenal dengan Produk Salai. Salai atau menyalai dari erti kata lain dengan cara mengeringkan atau memanggang diatas api. Di Negeri Sembilan produk salai ini selalunya ialah ayam, itik, ikan atau daging. Keunikan ini tidak boleh didapati di negeri-negeri lain.

Jadual

Maklumat
Alamat Berhampiran Perhentian Bas Kuala Pilah
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 12.00 tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 8.10 8.50 0.40 12-07-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 12-07-2019
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 19.00 20.00 1.00 12-07-2019
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 12-07-2019
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 12-07-2019
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 19.00 20.00 1.00 12-07-2019
7 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 12-07-2019
8 IKAN SELAR KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 12-07-2019
9 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 12-07-2019
10 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 6.20 6.50 0.30 12-07-2019
11 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 05-07-2019
12 PISANG MAS KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 28-06-2019
13 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 28-06-2019
14 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 04-05-2018
15 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 2.10 2.50 0.40 06-04-2018

Penginapan Berhampiran