PASAR TANI BALIK PULAU

Maklumat Lanjut

Balik Pulau terletak di bahagian Barat Daya Negeri Pulau Pinang terpisah sejauh 40km dengan tanah besar Semenanjung. Di sinilah tertubuhnya sebuah Pasar Tani yang mula beroperasi pada 30 November 1985 ditapak asal di Jalan Ponduk Upeh, sebelum dipindahkan ketapak baru berhampiran kompleks Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Antara daya penarik utama pengujung-pengunjung ke Pasar Tani ini adalah jualan ikan keli segar. Untuk makluman ikan keli ini diternak di dalam sangkar dan diberi makanan yang suci lagi halal. Ikan keli segar ini di bawa segar dari sangkar terus kepada pelanggan. Para penggemar ikan keli di sekitar kawasan Balik Pulau ini tidak perlu risau tentang bekalan kerana ianya sentiasa cukup bagi memenuhi keperluan. Bercakap mengenai harga pula, sudah pasti harga yang dijual di Pasar Tani ini jauh lebih murah berbanding harga di pasaran. Dek kerana permintaannya yang tinggi kebiasaannya habis dijual setiap kali jualan. Ada bermacam-macam lagi jenis jualan yang boleh anda dapati di Pasar Tani Balik Pulau, jikalau anda datang ke Pulau Pinang jangan lupa untuk singgah ke Pasar tani ini.

Jadual

Maklumat
Alamat Berhampiran Kompleks Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Balik Pulau
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00pg-1.00ptg

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini

Penginapan Berhampiran