PASAR TANI TASEK GELUGOR

Maklumat Lanjut

Terletak di lokasi yang strategi di Tasek Gelugor dan berhampiran dengan sempadan daerah Kulim dan Padang Serai, Kedah. Ianya menarik ramai pengunjung untuk singgah di Pasar Tani Tasek Gelugor pada setiap hari Ahad yang beroperasi bermula seawall jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang. Pasar tani ini merupakan pasar tani yang terbesar di negeri Pulau Pinang dan menjadi tarikan setiap hujung minggu untuk berbelanja bagi mendapatkan berbagai produk dan barangan segar. Walaupun ianya terletak bersebelahan dengan Pasar  Awam Tasek Gelugor namun pasar tani ini terus mendapat tempat di hati pengunjung berdasarkan ianya telah beroperasi selama 31 tahun.

Cendol antara makanan popular yang menjadi kegemaran pengunjung di Pasar Tani ini. Ramuan asas cendol terdiri daripada santan, jeli hijau (pewarna pandan) , pulut, ais dan gula melaka ditambah dengan bahan lain seperti kacang merah , sagu dan jagung. Cendol Penang ini sedap dimakan selepas penat berjalan mengelilingi Pasar Tani ini. Selain itu juga, ulam ulaman juga popular di Pasar Tani ini. Bagi penggemar-penggemar ulam pasti sudah terbayang ulam-ulam ini dimakan secara mentah, dicelur atau direbus sebelum dihidang bersama nasi dan lauk pauk yang lain. Pasti tidak rugi bagi anda yang datang ke Pasar Tani Tasek Gelugor ini kerana aneka jualan boleh anda dapati di sini.

Jadual

Maklumat
Alamat Jalan Permatang Manggis Tasek Gelugor
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.30pg-1.30ptg

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini

Penginapan Berhampiran