PASAR TANI TAMAN GUAR PERAHU

Maklumat Lanjut

Pasar Tani Taman Guar Perahu ditubuhkan pada 8 September 2014. Beroperasi setiap hari Rabu bermula jam 5.00 petang hingga 10.00 malam. Lokasinya terletak dalam kawasan perumahan di pinggir bandar. Uniknya selain daripada terletak di kawasan perumahan Pasar Tani ini juga dikelilingi oleh beberapa buah kampung dalam jarak kurang 1km iaitu Kg. Mengkuang Mak Sulong, Mengkuang Titi, Kuala Mengkuang Guar Perahu, Padang Ibu dan Padang Temusu, justeru itu Pasar Tani ini sangat menjadi tumpuan penduduk sekitarnya bagi mendapatkan barangan keperluan harian.

Di Pasar Tani Taman Guar Perahu ini terdapat pelbagai jenis makanan yang enak dan menjadi kegemaran pengunjung. Antaranya kuew teaw kerang, sangat terkenal dan dikenali ramai disebabkan keenakan rasanya. Sebut sahaja kuew teaw kerang Abang Chik pasti sudah tergambar keenakan dan cara penyediaannya yang tersendiri oleh pengusaha tersebut. Pengunjung boleh memilih  untuk makan di situ terus atau dibungkus untuk di bawa balik.

Bagi penggemar daging Kambing Grill boleh datang sendiri rasai keenakkannya. Kambing grill ini dipotong menegak lurus di bahagian tulang belakang, dan biasanya mengandungi tulang rusuk. Jadi untuk anda yang mahu berkunjung ke Pulau Pinang jangan lupa untuk singgah ke Pasar Tani Taman Guar Perahu ini.

Jadual

Maklumat
Alamat Kawasan Perumahan Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
5.00ptg-10.00mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.40 7.80 0.40 04-09-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 04-09-2019
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 04-09-2019
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 04-09-2019
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 04-09-2019
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 04-09-2019
7 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 04-09-2019
8 IKAN SELAR KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 04-09-2019
9 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 04-09-2019
10 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 04-09-2019
11 PISANG MAS KILOGRAM 5.20 5.50 0.30 04-09-2019
12 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 04-09-2019
13 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 04-09-2019
14 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 04-09-2019
15 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 04-09-2019

Penginapan Berhampiran