PASAR TANI SIMPANG EMPAT

Maklumat Lanjut

Adakah anda pernah mendengar tentang Pekan Simpang Empat Perlis? Bagi masyarakat Negeri Perlis begitu sinonim dengan Pekan ini kerana pada satu ketika dahulu ianya adalah tempat tumpuan laluan bot tambang melalui Sungai Simpang Empat ke Kuala Sungai Baru sebelum adanya jalan raya. Pada tanggal 1 Julai 1999 pihak FAMA telah mewujudkan Pasar Tani bagi tujuan menaiktaraf peniaga-peniaga yang sediaada di situ sekaligus memudahkan masyarakat tempatan untuk membeli barangan keperluan harian dengan keadaan selesa di Pasar Tani. Waktu operasi Pasar Tani Simpang Empat beroperasi pada hari Khamis dari jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang.

Antara daya tarikan utama pengunjung ke Pasar Tani Simpang Empat ini adalah kuih kashidah,  merupakan makanan tradisional masyarakat disini. Teksturnya yang lembut serta aroma bawang gorengnya yang mengiurkan pasti menjadi pilihan. Selain itu, pulut kuning merupakan sajian istimewa masyarakat melayu dan menjadi makanan harian setiap pagi bagi penduduk tempatan di Pekan Simpang Empat ini. Selain itu juga antara komoditi  jualan yang mencuri tumpuan ialah ikan temenung atau juga di kenali sebagai ikan kembung / pelaling merupakan ikan rakyat yang menjadi pilihan pengunjung kerana harga yang murah, ini kerana ikan-ikan itu dibawa terus dari pelantar ikan dan masih segar.

Jadual

Maklumat
Alamat Pekan Simpang Empat
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Selasa & Khamis 7.00pg-2.00ptg, Jumaat 3.00ptg - 10.00mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.30 7.70 0.40 14-10-2020
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 14-10-2020
3 DAGING PEJAL KILOGRAM 33.20 35.00 1.80 14-10-2020
4 IKAN CENCARU KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 14-10-2020
5 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 14-10-2020
6 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 14-10-2020
7 TELUR AYAM BIJI 0.30 0.30 0.00 14-10-2020
8 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 14-10-2020
9 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 14-10-2020
10 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 5.70 6.00 0.30 14-10-2020

Penginapan Berhampiran