PASAR TANI TAMAN SENA INDAH

Maklumat Lanjut

Seperti mana yang diketahui umum Kangar merupakan ibu Negeri Perlis. Kangar adalah pusat pentadbiran bagi Negeri Perlis, Pejabat – pejabat Kerajaan dan juga terdapat Universiti Malaysia Perlis.  Pasar Tani Taman Sena Indah merupakan pasar tani yang terbesar di Perlis yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Kangar, sudah semestinya Pasar Tani ini menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk mencari barangan keperluan harian mereka. Pelbagai jenis jualan makanan dan barangan keperluan asas ada dijual di Pasar Tani ini. Pasar Tani yang ini sudah menjangkau usia 25 tahun dan masih menjadi pilihan sehingga ke hari ini.

Apakah yang menjadi keistimewa Pasar Tani Taman Sena Indah ini? Sudah semestinya satey tulang. Sate tulang bersaiz lebih besar daripada sate biasa, ianya terdiri daripada tulang-tulang rusuk atau kerangka ayam. Hidangan satey ini enak dimakan bersama kuah kacang pedas manis. Bagi penggemar-penggemar satey, jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan ini.

Selain itu,  makanan popular yang menjadi kegemaran penduduk sekitar Pasar Tani ini ialah nasi daging bakar. Peminat nasi daging bakar tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke Negara jiran Thailand untuk menikmati hidangan ini. Nasi daging bakar dihidangkan dengan daging dan nasi kuning bersama air asam. Daging bakar ini akan diperap dan di bakar mengikut resepi tersendiri untuk menaikkan aroma daging tersebut. Harganya yang murah dan berpatutan menjadikan Pasar Tani ini terus mendapat kunjungan daripada penduduk tempatan.

Jadual

Maklumat
Alamat Dataran Jubli Emas, Kangar
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00pg-1.00ptg

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.10 7.50 0.40 19-11-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 19-11-2019
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 14.20 15.00 0.80 19-11-2019
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 19-11-2019
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 19-11-2019
6 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 8.50 9.00 0.50 19-11-2019
7 IKAN SELAR KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 19-11-2019
8 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 19-11-2019
9 PISANG MAS KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 19-11-2019
10 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 19-11-2019
11 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 19-11-2019
12 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 19-11-2019
13 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 19-11-2019
14 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 25-06-2019

Penginapan Berhampiran