PASAR TANI ASIA CITY KOTA KINABALU

Maklumat Lanjut

Pasar Tani Asia City mendapat namanya sempena nama tempat atau lokasi pasar tani tersebut yang terletak di ruang pejalan kaki, Kompleks Asia City, Kota Kinabalu . Kedudukannya di tengah pusat bandayara Kota Kinabalu menjadikan pasar tani ini mendapat tumpuan ramai warga kota untuk mendapatkan bekalan makanan segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan laut segar, ayam proses segar, sayuran kampung, barangan runcit, produk IKS disamping makanan dan minuman. 

Pasar Tani ini dikelilingi kompleks membeli-belah selain hotel-hotel penginapan yang bertaraf 3 hingga 5 bintang. Pasar Tani ini beroperasi setiap hari Isnin, Rabu dan Sabtu bermula seawal jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pelbagai jenis ikan laut segar boleh didapati disini seperti ikan tenggiri, ikan tongkol, ikan merah, Ikan jenahak, ikan putih, ikan kerapu, ikan kembong, ikan sebelah, ikan putih, ikan selar, ikan selayang dan ikan pari. 

Udang kering dan ikan bilis juga menjadi pilihan pengunjung di pasar tani ini. Sumber bekalan udang kering dan ikan bilis ini adalah dari daerah Pitas yang terkenal dengan kaedah pengendalian nya yang bersih, baru dan kualitinya yang terbaik. Ubi Yacon dikenali sebagai ubi ajaib/yakon atau pokok daun insulin. Ubinya manis dan rangup seperti sengkuang cina. Dimanfaatkan utk kencing manis, darah tinggi dan pelawas. Wanita mengandung tidak disyorkan utk memakan ubinya. Daunnya sangat terkenal sebagai teh insulin untuk penghidap diabetes.

Jadual

Maklumat
Alamat Plaza Asia City, Asia City K.Kinabalu
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
6.00 pg - 2.00 ptg

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES STANDARD KILOGRAM 9.20 9.70 0.50 13-04-2021
2 BETIK KAMPUNG KILOGRAM 2.40 2.80 0.40 13-04-2021
3 CILI MERAH MINYAK KILOGRAM 18.50 19.50 1.00 13-04-2021
4 IKAN CENCARU KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 13-04-2021
5 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 13-04-2021
6 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 13-04-2021
7 IKAN SELAR KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 13-04-2021
8 KUBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 13-04-2021
9 NANAS JOSAPINE (AC5) KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 13-04-2021
10 PISANG MAS KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 13-04-2021
11 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 13-04-2021
12 TEMBIKAI MERAH TANPA BIJI KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 13-04-2021
13 TIMUN HIJAU KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 13-04-2021
14 TOMATO (TANAH TINGGI) KILOGRAM 6.60 7.00 0.40 13-04-2021
15 DAGING LEMBU PEJAL KILOGRAM 26.60 28.00 1.40 06-04-2021

Penginapan Berhampiran