PASAR TANI TAMU KEKAL FAMA KENINGAU

Maklumat Lanjut

Sejarah kewujudan Pasar Tani Tamu Kekal FAMA Keningau yang tersergam indah ini terletak di Dataran Tamu Ground Keningau sejak Januari 2016, ia membawa  cerita yang panjang sebelum berjaya diwujudkan pada hari ini. Ini kerana sebelum wujudnya Pasar Tani Tamu FAMA, telah pun wujud pasar tamu terbuka ditapak ini sejak tahun 1968 lagi. 

Kaedah perniagaan dan penampilan peniaga tetap sama dan tidak berubah walaupun zaman silih berganti namun indentiti TAMU tetap sama. Peniaga memasarkankan hasil mereka secara bebas dan terbuka tanpa terikat dengan pelbagai SOP. Perkara yang dipentingkan dalam urusan TAMU ialah ruang untuk duduk berniaga walaupun beralaskan karung guni sudah cukup selesa bagi peniaga TAMU tanpa banyak rungutan dan pengunjung pula lebih suka dengan situasi demikian kerana ia menjadi satu senario yang menggamit kenangan lalu. Produk-produk kampung seperti makanan kampung yang tidak boleh didapati ditempat lain eksklusif boleh diperolehi di pasar tamu ini. Sebut lah apa saja produk makanan, ternakan, kraftangan mahupun makanan tradisi tempatan boleh didapati disini.

Apakah yang menarik sehingga ada pengunjung yang sanggup datang dari jauh ke sini, tidak lain dan tidak bukan kerana di pasar tani ini terdapat pelbagai makanan tempatan dari yang moden kepada yang eksotik yang sukar didapati ditempat atau pasaran biasa. Kalau dari segi sayuran tempatan disini boleh didapati umbut rotan saga yang dikenali sebagai “ambaratua”, pucuk lemiding, sayur tutan, pakupakis, rebung tongkongon, pucuk tongkat langit, cendawan hutan, pucuk dukarok, batang keladi hutan dan pelbagai lagi jenis sayuran tempatan yang semestinya mempunyai khasiat tersendiri dan tidak tercemar dengan bahan-bahan kimia moden. 

Dari segi makanan eksotik lain, disini juga boleh didapati daging segar seperti daging rusa hutan atau daging Payau, ikan belut paya, ikan haruan sungai, palian sungai, baung sungai, ikan karok(puyuh), ikan patin, ikan kelah kuning, daging tupai panggang, daging ular sawa dan banyak lagi yang tiada ada dipasaran biasa.

Selain itu penggemar beras kampung juga  disinilah lokasinya dimana beras yang dijual masih segar dan baru diproses oleh pesawah juga merupakan tarikan pengunjung yang mahu mendapatkan bekalan beras kampong pelbagai jenis.

Menu-menu makanan tempatan pula seperti nasi linopot berkuah gulai cendawan kodop dan sayur tarap, kelupis manis, buras makanan tradisi bugis, tapai manis, kueh panjaram, kueh kayu manis dan banyak lagi ada disini dan ditawarkan dengan harga yang murah dan berpatutan. Buah-buahan seperti tarap, bambangan, buah lampinyau(durian belanda), buah lamak(avocado), buah durian hutan (Dalit) dan pelbagai buahan tempatan lain ada disini. Ini lah yang menarik dan menjadi keunikan dipasar tani tamu Keningau.

Lain-lain produk yang diterdapat disini seperti kraftangan tempatan iaitu parang pelbagai jenis mengikut tradisi suku bangsa, pasu bunga, pakaian tradisi kaum, barangan antik dan vintage ada di jual disini.

Jadual

Maklumat
Alamat Tapak Pasar Tamu Mingguan, Keningau
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 7.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini

Penginapan Berhampiran

Sejarah kewujudan Pasar Tani Tamu Kekal FAMA Keningau yang tersergam indah ini terletak di Dataran Tamu Ground Keningau sejak Januari 2016, ia membawa  cerita yang panjang sebelum berjaya diwujudkan pada hari ini. Ini kerana sebelum wujudnya Pasar Tani Tamu FAMA, telah pun wujud pasar tamu terbuka ditapak ini sejak tahun 1968 lagi. 

Kaedah perniagaan dan penampilan peniaga tetap sama dan tidak berubah walaupun zaman silih berganti namun indentiti TAMU tetap sama. Peniaga memasarkankan hasil mereka secara bebas dan terbuka tanpa terikat dengan pelbagai SOP. Perkara yang dipentingkan dalam urusan TAMU ialah ruang untuk duduk berniaga walaupun beralaskan karung guni sudah cukup selesa bagi peniaga TAMU tanpa banyak rungutan dan pengunjung pula lebih suka dengan situasi demikian kerana ia menjadi satu senario yang menggamit kenangan lalu. Produk-produk kampung seperti makanan kampong yang tidak boleh didapati ditempat lain eksklusif boleh diperolehi di pasar tamu ini. Sebut lah apa saja produk makanan, ternakan, kraftangan mahupun makanan tradisi tempatan boleh didapati disini.

Apakah yang menarik sehingga ada pengunjung yang sanggup datang dari jauh ke sini, tidak lain dan tidak bukan kerana di pasar tani ini terdapat pelbagai makanan tempatan dari yang moden kepada yang eksotik yang sukar didapati ditempat atau pasaran biasa. Kalau dari segi sayuran tempatan disini boleh didapati umbut rotan saga yang dikenali sebagai “ambaratua”, pucuk lemiding, sayur tutan, pakupakis, rebung tongkongon, pucuk tongkat langit, cendawan hutan, pucuk dukarok, batang keladi hutan dan pelbagai lagi jenis sayuran tempatan yang semestinya mempunyai khasiat tersendiri dan tidak tercemar dengan bahan-bahan kimia moden. 

Dari segi makanan eksotik lain, disini juga bolih didapati daging segar seperti daging rusa hutan atau daging Payau, ikan belut paya, ikan haruan sungai, palian sungai, baung sungai, ikan karok(puyuh), ikan patin, ikan kelah kuning, daging tupai panggang, daging ular sawa dan banyak lagi yang tiada ada dipasaran biasa.

Selain itu penggemar beras kampung juga  disinilah lokasinya dimana beras yang dijual masih segar dan baru diproses oleh pesawah juga merupakan tarikan pengunjung yang mahu mendapatkan bekalan beras kampong pelbagai jenis.

Menu-menu makanan tempatan pula seperti nasi linopot berkuah gulai cendawan kodop dan sayur tarap, kelupis manis, buras makanan tradisi bugis, tapai manis, kueh panjaram, kueh kayu manis dan banyak lagi ada disini dan ditawarkan dengan harga yang murah dan berpatutan. Buah-buahan seperti tarap, bambangan, buah lampinyau(durian belanda), buah lamak(avocado), buah durian hutan (Dalit) dan pelbagai buahan tempatan lain ada disini. Ini lah yang menarik dan menjadi keunikan dipasar tani tamu Keningau.

Lain-lain produk yang diterdapat disini seperti kraftangan tempatan iaitu parang pelbagai jenis mengikut tradisi suku bangsa, pasu bunga, pakaian tradisi kaum, barangan antik dan vintage ada di jual disini.

Apakah yang menarik sehingga ada pengunjung yang sanggup dating dari jauh ke sini, tidak lain dan tidak bukan kerana di pasar tani tamu FAMA ini terdapat pelbagai makanan tempatan dari yang moden kepada yang eksotik yang sukar didapati ditempat atau pasaran biasa. Kalau dari segi sayuran tempatan disini boleh didapati umbut rotan saga yang dikenali sebagai “ambaratua”, pucuk lemiding, sayur tutan, pakupakis, rebung tongkongon, pucuk tongkat langit, cendawan hutan, pucuk dukarok, batang keladi hutan dan pelbagai lagi jenis sayuran tempatan yang semestinya mempunyai khasiat tersendiri dan tidak tercemar dengan bahan-bahan kimia moden. Dari segi makanan eksotik lain, disini juga bolih didapati daging segar seperti daging rusa hutan atau daging Payau, ikan belut paya, ikan haruan sungai, palian sungai, baung sungai, ikan karok(puyuh), ikan patin, ikan kelah kuning, daging tupai panggang, daging ular sawa dan banyak lagi yang tiada ada dipasaran biasa.