PASAR TANI SINGGAHMATA STREET, LAHAD DATU

Maklumat Lanjut

Dibuka pada tahun 2007. Diberi nama sempena nama jalan tempat bertapaknya Pasar Tani ini. Lokasinya yang terletak dikawasan bandar Lahad Datu memudahkan para pengunjung untuk datang berkunjung ke Pasar Tani Singgahmata Street.  Maka tidak hairanlah ianya menjadi lokasi tumpuan utama pada setiap hujung minggu walaupun ianya berhampiran dengan Pasar Rakyat. Para penjung tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan juadah makanan yang terdapat disini. Antaranya adalah Nasi Kerabu, Nasi Kuning, Gado-gado serta Nasi berlauk yang menyajikan hidangan makanan tempatan seperti Ayam masak lengkuas, Pucuk Ubi masak lemak, Kinilau dan Tempe masak sambal.

Selain dari itu, kuih muih yang beraneka jenis juga berjaya menambat hati para pengunjung. Diantaranya adalah seperti Terang Bulan (apam balik), Pais Jangung, Brocong, Kek Lapis Sarawak dan Karipap. Dengan berlatar belakangkan kawasan penanaman sawit yang utama, bekalan ulaman liar seperti Pucuk Pakis dan Lemiding tidak Pernah putus. Selain dari itu, antara ulaman dan sayuran yang menjadi pilihan utama pengunjung adalah seperti Sabah Choy, Bunga Betik, Pucuk Ubi dan banyak lagi. 

Turut menjadi kemestian bagi pengunjung untuk dibawa balik ke rumah adalah Lokan dan Siput Sedut yang segar. Untuk mendapatkan lokan, para pengumpul lokan akan menggunakan kaedah selaman ke dasar sungai untuk mendapatkannya. Adalah mengejutkan bahawa sungai segama terkenal dengan buayanya.Jadi jangan cuba-cuba untuk membuat penawaran,kerana harga yang ditawarkan cukup murah!!! Jadi bagi yang berjiwa kental untuk mengharungi lautan manusia di Pasar Tani Singgahmata, silalah rasa sendiri keunikannya.

Jadual

Maklumat
Alamat Blok D, Kg Kopungit, Kota Kinabalu
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
3.00 ptg - 8.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini

Penginapan Berhampiran