PASAR TANI LABUAN WALK

Maklumat Lanjut

Di atas permintaan, Pasar Tani WP Labuan  telah di buka pada tahun 1989, Pasar Tani ini terletak ditengah-tengah pusat Bandar WP Labuan dari mula ditubuhkan Pasar tani  telah empat kali berpindah lokasi yang terakhir adalah di tempatkan Kawasan Labuan Walk tempat persinggahan pelancong. Salah satu usaha FAMA untuk meluaskan pasaran hasil pertanian dan meningkatkan pendapatan petani serta menggalakan kaum tani khususnya kaum bumiputera menyertai bidang perniagaan. 

Pasar Tani Labuan beroperasi dari jam 7.00 pagi hingga jam 2.00 petang di Labuan Walk, Perbadanan Labuan. Usahawan Pasar Tani Labuan yang terlibat adalah seramai 32 orang. Antara produk yang dijual di Pasar Tani Labuan adalah sayur-sayuran segar, buah-buahan segar, daging ayam segar, daging kerbau/lembu/kambing segar, ikan segar, daging puyuh segar, bunga-bungaan, pasu tanaman, semaian,haiwan peliharaan hiasan, kraftangan, barangan runcit dan produk-produk IKS.

Selain buah-buahan dan sayur-sayuran  juga menjadi tarikan utama pengunjung datang ke Pasar tani Labuan, antara menu yang menjadi rebutan dan sebutan setiap kali operasi ialah daging kerbau/lembu/kambing segar, ayam segar, ikan segar, haiwan peliharaan hiasan, dan kraftangan hasil penduduk Labuan.

Jarak pasar tani ini dengan Pasar Borong adalah 5km dan dengan Pasar Awam adalah 1.5km sahaja. Walaupun terletak berdekatan dengan pasar Sentral, pasar tani ini tetap menjadi pilihan pengunjung disebabkan produk-produk yang dijual disini segar dan menarik, harga berpatutan.

Jadual

Maklumat
Alamat Labuan Walk, Perbadanan Labuan
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 2.00 ptg

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini

Penginapan Berhampiran