PASAR TANI PAPAR

Maklumat Lanjut

Pasar Tani Papar telah bermula sejak tahun 1996 dan dinaiktaraf menjadi pasar tani mega pada tahun 2008. Pasar tani ini terletak di pusat bandar daerah Papar dan merupakan kawasan laluan utama dari daerah Beaufort, Sipitang dan juga dari negara Brunei Darussalam. Pasar tani ini beroperasi setiap hari Sabtu (6.00 pagi hingga 9.00 malam) dan Ahad (6.00 pagi hingga 12.00 tengahari). Sekiranya anda menginginkan keselesaan, harga yang berpatutan, pilihan yang pelbagai, maka datanglah berkunjung ke Pasar Tani Papar. Kemudahan parking kenderaan, kemudahan surau yang besar dan selesa, tandas yang bersih dan banyak menjadikan pasar tani ini tumpuan penduduk dan pengunjung yang bertandang ke daerah Papar. 

Keunikan Pasar Tani Papar adalah kemampuannya menyediakan pelbagai jenis produk yang meliputi produk makanan, minuman, sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, ayam, daging, barangan runcit, bunga-bungaan dan bermacam lagi. Pendek kata semua keperluan dapur yang asas boleh didapati di pasar tani ini. 

Antara produk yang popular dan menjadi tarikan pengunjung adalah sayuran tanah tinggi, sayuran tanah rendah dan sayur-sayuran kampung seperti lembiding, pakis, rebung dan bermacam lagi sayuran kampung yang sukar didapati di pasar-pasar biasa. Kepada peminat sayap ayam panggang, ikan bakar yang segar (ikan pari, tongkol, ikan merah, ikan putih, ikan baulu, ikan cencaru ikan selar) semuanya boleh didapati disini. Belacan yang popular di sabah yang dikenali sebagai ‘Belacan Papar’ juga boleh didapati disini. Sekiranya anda mencari kuih-kuih tradisional seperti kuih cincin, pelbagai kerepek boleh dapatkannya di pasar tani ini.

Jadual

Maklumat
Alamat Tempat letak kereta Dewan Serbaguna Papar
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 1.00 ptg

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini

Penginapan Berhampiran