PASAR TANI KINABATANGAN

Maklumat Lanjut

Kinabatangan merupakan sebuah pekan yang berada di tengah-tengah laluan antara Sandakan dengan Lahad Datu dan dianggarkan bersaiz sebesar negeri Pahang. Kinabatangan juga terkenal dengan budaya atau etnik sungai dan eko pelancongan yang menarik. Di atas permintaan, Pasar Tani Kinabatangan telah dilaksanakan pada April 2010 pada setiap hari Sabtu dan kemudiannya ditambah pada setiap hari Rabu mulai Februari 2014. Penambahan operasi ini membuktikan masyarakat Kinabatangan memerlukan pasar tani untuk membeli barang keperluan walaupun telah wujudnya pasar awam dan tamu ketika itu.

Pasar Tani Kinabatangan menempatkan lebih 90 peserta dengan gabungan dua hari yang berbeza iaitu pada hari Sabtu dari jam 6.00am sehingga jam 1.00 petang manakala hari Rabu pada jam 3.00 petang sehingga jam  9.00 malam. Pelbagai barangan jualan yang memastikan anda tidak perlu ke banyak tempat untuk mencari barangan keperluan dapur dan santapan malam. Bagi yang inginkan suasana santai, pasar tani ini juga menyediakan kawasan makan berkanopi, dan sekali sekala adanya hiburan seperti busking untuk program sambutan dan sebagainya.

Hasil sungai seperti ikan sungai dan udang galah menjadi pilihan penduduk di sini. Manakala hasil laut, daging, telur ayam, telur masin dan durian merah merupakan daya tarikan utama pengunjung ke pasar tani ini. Selain itu, pelbagai makanan dijual dengan lebih daripada 30 varieti makanan. Impian ingin menjadikan Pasar Tani Kinabatangan sebagai pusat atau tumpuan masyarakat dengan harga yang berpatutan melalui program JBD seperti yang dilancarkan agar terus berkekalan.

Jadual

Maklumat
Alamat Tapak Pasar Tamu Kinabatangan
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
6.00 pg - 2.00 ptg

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini

Penginapan Berhampiran