PASAR TANI TAMAN PUTERA JAYA TELIPOK

Maklumat Lanjut

Pasar Tani Putera Jaya Telipok bermula pada tahun 2002. Beroperasi pada setiap hari Isnin dan Jumaat bermula pada jam 2.00 petang hingga 7.00 malam. Terletak dalam Taman perumahan, ditepi jalan raya utama Kota Kinabalu – Tuaran/Kota Belud menjadikannya tempat persinggahan utama pengunjung dari dalam dan luar taman untuk mendapatkan keperluan harian seperti ikan segar, ayam segar, pelbagai sayur-sayuran dari sawi, bayam, timun hinggalah kepada sayuran kampong seperti jantung pisang, lembiding, pakis, rebung, petai dan bermacam lagi.

Pasar Tani ini boleh dikatakan lengkap dengan keperluan harian jika anda ingin melihat dapur anda berasap kembali bagi menyediakan hidangan untuk santapan keluarga. Makanan & minuman yang telah siap sedia juga ada dijual seperti lauk pauk, kuih muih, mee goreng, sayap ayam bakar, ikan bakar dan pelbagai jenis minuman.

Di sekeliling pasar tani juga terdapat banyak kedai runcit termasuk Giant Supermarket, restaurant, kedai gunting rambut, kedai jahit, kedai menjual telefon, Klinik kesihatan dan berbagai lagi. Malah anda boleh mencuci kain di kedai dobi self service berdekatan pasar tani sambil makan pisang goreng chess yang dijual di Pasar Tani ini.

Setiap tahun menjelang bulan Ramadan, Pasar tani ini akan mengadakan jualan sepanjang Ramadan yang menawarkan pelbagai aneka ragam jenis makanan dan minuman yang jarang-jarang kita dapati pada hari-hari biasa seperti kambing bakar, ayam golek, yong tau foo, kuih-kiuh tradisional dan pelbagai masakan dari negeri lain seperti Kelantan, Kedah dan Penang.

Berkunjunglah ke Pasar Tani Taman Putera Jaya dan anda akan pulang dengan senyuman.

Jadual

Maklumat
Alamat Taman Putera Jaya Telipok, Kota Kinabalu
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
1.00 ptg - 8.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini

Penginapan Berhampiran