PASAR TANI DARO MUKAH

Maklumat Lanjut

Pasar Tani Daro terletak di tengah Pekan Daro dan beroperasi pada setiap hari Ahad bermula jam 7.00 pagi sehingga 3.00 ptg. Ia menjadi pusat tumpuan masyarakat sekitar Daerah Daro untuk mendapatkan barangan keperluan harian. Lokasinya yang startegik memberi kelebihan dari segi sambutan serta kemeriahan setiap kali ianya beroperasi. 

Pasar Tani Daro menawarkan produk hasil laut yang segar dan berkualiti, hasil sayuran kampung, buah-buahan, kuih-muih tradisional, produk industri asas tani, makanan, minuman serta pelbagai jenis produk yang menjadi tarikan kepada pengunjung di Pasar Tani. Hasil laut segar seperti Ikan Lumek dan Udang Galah sangat mendapat perhatian pengunjung sebagai makanan popular di Pasar Tani Daro ini. 

Ikan Lumek Salai juga merupakan produk popular masyarakat di Daerah Daro yang dijual di Pasar Tani apabila tibanya musim ikan. Ia dihasilkan daripada Ikan Lumek segar yang disalai atas bara api menggunakan kaedah tradisional bagi mengekalkan aromanya yang menambat selera. Sesuai dimakan begitu sahaja serta dicampur dalam masakan sayuran, digoreng dan direbus.

Jadual

Maklumat
Alamat Berhampiran Pasar Daro
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 3.00 ptg

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini

Penginapan Berhampiran