PASAR TANI KABONG

Maklumat Lanjut

Daerah kecil Kabong terletak di bawah pentadbiran Daerah Saratok, Bahagian Betong, Sarawak. Pekan Kabong mempunyai lokasi yang strategik dan berpotensi mempunyai prospek menjadi sebuah pusat perdagangan yang berperanan sebagai pusat agihan kepada kawasan sekitarnya, kerana pekan ini terletak di Kuala Batang Krian dan boleh menjadi pelabuhan persinggahan utama. Penduduk di sini menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan ekonomi utama mereka selain menjadi nelayan serta berniaga secara kecil-kecilan. 

Dari aspek pelancongan pula, Kabong mempunyai pantai yang panjang dan bersih sesuai untuk perkelahan, riadah, pesta dan rekreasi seperti Pantai Tanjung Kembang, Pantai Alit dan Pantai Gerigat menjadikan Kabong sesuai dan berpotensi besar dalam bidang pelancongan. 

Pasar Tani Kabong terletak di Pekan Kabong yang terkenal sebagai perkampungan nelayan. Berada di lokasi yang strategik dan menjadi tumpuan utama penduduk Kabong untuk mendapatkan barangan keperluan. Menjual produk hasil laut segar dan berkualiti dengan harga yang amat berpatutan serta sayuran tempatan, produk industri asas tani, kuih tradisional , makanan dan minuman.

Jadual

Maklumat
Alamat Pekan Kabong
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 5.00 ptg

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini

Penginapan Berhampiran