PASAR TANI SABTU OYA

Maklumat Lanjut

Hari Sabtu sudah sinonim dengan kewujudan Pasar Tani Kekal Pekan Sabtu Oya. Sebabnya penduduk di sekitar Oya malah penduduk dari luar kawasan akan berpusu-pusu menjejakkan kaki ke Pasar Tani Kekal Pekan Sabtu Oya untuk mendapatkan barangan keperluan harian yang kesemuanya boleh diperolehi di sini. 

Daripada produk hasil pertanian, kuih-muih dan makanan sehinggalah ke produk hasil laut yang segar semuanya ditawarkan dengan harga yang berpatutan dan yang paling penting ianya segar-segar belaka. 

Operasi Pasar Tani yang bermula jam 7.00 pagi sehingga 12.00 tgh hari memberi kepuasan kepada pengguna untuk mendapatkan barangan keperluan disamping mengisi masa hujung minggu bersama keluarga tercinta di Pasar Tani. Keistimewaan Pasar Tani ini terletak di Tepi sungai Oya dan hasil laut yang diperolehi terus dijual di sini. 

Makanan yang popular di sini ialah Sagu Medong yang merupakan makanan tradisi kaum Melanau, ikan salai yang segar serta produk berasaskan hasil laut.

Jadual

Maklumat
Alamat Pasar Tani Kekal Pekan Sabtu Oya
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 12.00 tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini

Penginapan Berhampiran