PASAR TANI MATU, MUKAH

Maklumat Lanjut

Pasar Tani Matu merupakan Pasar Tani pertama di Daerah Matu yang terletak di Dataran Kampung Tian Matu. Ia menjadi pusat tumpuan penduduk sekitar Daerah Matu untuk mendapatkan barangan keperluan asas seperti sayuran serta hasil hutan, buah-buahan tempatan, hasil laut segar, kuih-muih tradisional, makanan, minuman serta pelbagai jenis produk. Sesar Unjur merupakan makanan popular di Matu yang sentiasa menjadi permintaan tinggi penduduk di sekitar Matu. Sesar Unjur dihasilkan daripada udang merah (Payak dalam bahasa masyarakat Sarawak) yang dikupas kulit serta disalai di atas bara api dalam tempoh yang lama sehingga kering sepenuhnya. Sesar Unjur sesuai dimakan sebagai snek serta dicampur dalam masakan seperti sayuran. Minyak Sekiu pula salah satu “rare product” yang jarang didapati dan merupakan makanan tradisi serta menjadi rebutan utama penduduk sekitar Daerah Matu sebagai penambah selera dalam makanan. Minyak Sekiu dihasilkan daripada pokok hutan iaitu buah sekiu yang diproses secara traditional bagi mendapatkan minyak daripada buah sekiu. Aromanya yang wangi dan harum membangkitkan selera apabila digaul bersama nasi panas. Minyak Sekiu ini boleh mencecah harga yang agak tinggi. Biasanya di makan bersama nasi panas oleh masyarakat melanau di sekitar Daerah Matu.

Jadual

Maklumat
Alamat Kg. Tian , Matu Mukah
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 2.00 ptg

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini

Penginapan Berhampiran