Pasar Tani Simpang Gedong merupakan pasar tani yang menjadi ikon kepada kegiatan ekonomi masyarakat Gedong. Dengan kepelbagaian produk yang dijual apabila setiap kali tibanya hari operasi Pasar Tani pasti menarik perhatian pengunjung bukan sahaja di kalangan masyarakat gedong malah masyarakat luar dari Gedong juga akan berkunjung ke Pasar Tani ini. Beroperasi sebulan sekali pada hujung bulan selama 2 hari iaitu pada hari sabtu dan ahad.
Daya tarikan utama pasar tani ini adalah menjual pelbagai jenis ikan sungai seperti ikan terubok dan ikan bulu yang merupakan menu lauk kegemaran masyarakat tempatan. Bagi siapa-siapa yang berkunjung ke Gedong jangan lupa singgah ke Pasar Tani Gedong.