PASAR TANI BANDAR KINRARA 5

Maklumat Lanjut

“DI LOKASI TERANCANG, KEMUDAHAN YANG SANGAT FLEKSIBEL UNTUK PENGUNJUNG”

Jika anda berada di sekitar kawasan Bandar Kinrara, Puchong, ayuh kita berkunjung ke  Pasar Tani Bandar Kinrara 5 yang beroperasi dari jam 4.00 petang sehingga 10.00 malam pada setiap hari Selasa. Pasar Tani ini telah ditubuhkan pada 29 Januari 2008.

Bandar Kinrara merupakan sebuah Bandar terancang, yang sangat pesat pembangunannya. Jadi tidak hairan bilamana warga Bandar Kinrara secara umumnya menginginkan kemudahan dari segi memilih makanan segar, bersih, mudah didapati di satu lokasi dan paling penting menjimatkan masa mereka yang rata-ratanya bekerja minimum 8 jam sehari. Lalu, pilihan mudah lagi terbaik bagi warga Bandar Kinrara 5 dan sekitar adalah berkunjung ke Pasar Tani. Ini tidak dapat dinafikan lagi.

Di Pasar Tani Bandar Kinrara 5, komoditi popular yang menjadi pilihan utama warga penduduk di sini adalah sayur-sayuran segar, ayam dan daging, buah-buahan tempatan segar, dan tidak ketinggalan produk PKS seperti keropok kering pelbagai jenis, kerepek, bahan kering seperti ikan bilis pelbagai gred, dan juga terdapat aneka gerai menjual pakaian dari tudung, blaus, telekung, hinggalah ke pakaian berfesyen dalam anggaran harga mampu milik dan berpatutan.

Di sini ada pegawai bertanggungjawab yang senantiasa ada bagi memantau segala aktiviti urus niaga para peniaga. Jadi, jika ada sebarang masalah atau pertanyaan boleh saja terjah ke urusetia bertugas dan maklumkan terus kepada mereka apa jua kemusykilan anda.

Dah ke pasar, mestilah nak beli makanan bukan? Di sini, ada banyak pilihan makanan panas seperti nasi ayam berempah, tauhu bakar istimewa, murtabak, apam balik, dan kalau nak ekstra istimewa, cuba ke gerai Highway Burger Bakar. Di situ ada banyak pilihan burger dan juga meatballs. Nak rasa wantan air tangan anak Melayu, di sini juga ada! Rasanya, perghhh! Terbaikk!!

Di sini ada juga menu viral yang tak mudah kita jumpa. Contohnya, pau jagung. Bukan pada nama saja, tapi bentuk pau ini adalah seperti jagung sebenar, tau. Rasanya memang sedap, pau yang gebu dan intinya yang cair dimulut. Tak rasa nak cuba ke?! Menjilat jari tau. Hihihi. Kalau nak rasa Yong Tau Fu pelbagai rasa pun ada di sini. Bukan sekadar yang tradisi saja, tapi ada perisa stawberi, anggur, mangga, pandan, sirap bandung dan lain lagi.

Jadual

Maklumat
Alamat Jalan BK5, Bandar Kinrara, Puchong
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
4.00 ptg - 10.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.10 7.50 0.40 28-06-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 28-06-2019
3 DAGING PEJAL KILOGRAM 36.10 38.00 1.90 28-06-2019
4 IKAN CENCARU KILOGRAM 12.30 13.00 0.70 28-06-2019
5 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 28-06-2019
6 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 28-06-2019
7 IKAN SELAR KILOGRAM 16.10 17.00 0.90 28-06-2019
8 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 28-06-2019
9 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 28-06-2019
10 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 28-06-2019
11 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 2.90 3.20 0.30 28-06-2019
12 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 28-06-2019
13 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 28-06-2019
14 PISANG MAS KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 20-02-2018

Penginapan Berhampiran