PASAR TANI BANDAR SAUJANA PUTRA, KUALA LANGAT

Maklumat Lanjut

“MELENGKAPKAN LAGI SEBUAH PERBANDARAN YANG SERBA LENGKAP”

Pasar Tani Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor ini telah ditubuhkan pada 30 Novembar 2016, beroperasi pada setiap hari Jumaat bermula jam 4 petang sehingga jam 10 malam. Walaupun boleh dikatakan masih baharu dalam operasinya, pasar tani ini mulai mendapat perhatian dari kalangan pengunjung Bandar Saujana Putra kerana faktor strategiknya, yakni berada di tengah-tengah pusat laluan utama penduduk dan juga warga penduduk yang melalui tol Bandar Saujana Putra.

Sememangnya Bandar Saujana Putra ini merupakan sebuah bandar yang serba lengkap di mana terdapat hampir semua kemudahan seperti restoran, bank, tadika, surau, kedai runcit, kawasan perumahan, namun kewujudan pasar tani di sini adalah wajar diberi pujian dan perhatian kerana sememangnya ianya telah banyak menambah baik taraf kualiti kehidupan harian warganya dalam menyokong usaha membeli barangan dapur segar lagi murah.

Antara komoditi popular di pasar tani ini adalah seperti sayur-sayuran tempatan, daging segar, ayam segar, ikan laut segar, ulam-ulaman dan bahan asas masakan ada dijual di sini. Pilihan komoditi makanan laut kering seperti aneka jenis bilis turut menjadi perhatian di sini di samping bawang, kentang, cili kering dan bahan asas masakan yang lain.

 Kebanyakan pengunjung rata-ratanya membeli bahan segar untuk dimasak pada hujung minggu kerana kebiasannya hari cuti adalah hari berkumpul bersama keluarga dan ianya adalah masa kualiti yang sangat mereka nantikan setelah penat bekerja.

Menu makanan popular yang dijual di sini antaranya seperti takoyaki roti john dan aneka burger, aneka masakan panas berkawah, chicken wings, bakso dan banyak lagi. Nak rasa tauhu bakar viral? Dekat pasar tani Bandar Saujana Putra pun ada menjualnya tau. Jadi, jangan lupa bawa duit lebih untuk membelinya.

Jika nak cuba sesuatu yang lain dari kebiasaan, boleh cuba Jus Nanas Manis mahupun Jus Mangga Slurp. Wah, bunyinya saja dah mengecurkan liur. Tak percaya boleh tengok pada gambar ye, biarkan gambar yang berbicara. Nak cerita lebih, takut teringat-ingat saja. Hihihi.

Jadual

Maklumat
Alamat Jalan SP 1/1 Bandar Saujana Putra Kuala Langat
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
4.00 ptg - 10.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.10 7.50 0.40 19-10-2018
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 19-10-2018
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 14.20 15.00 0.80 19-10-2018
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 19-10-2018
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 12.30 13.00 0.70 19-10-2018
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 20.90 22.00 1.10 19-10-2018
7 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 19-10-2018
8 IKAN SELAR KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 19-10-2018
9 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 19-10-2018
10 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 19-10-2018
11 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 19-10-2018
12 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 19-10-2018
13 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 19-10-2018

Penginapan Berhampiran