PASAR TANI BANDAR TASIK PUTERI

Maklumat Lanjut

“JIMATKAN BELANJA DAPUR ANDA”

Bagi anda yang sibuk bekerja seharian di pejabat, adalah satu keperluan dan kehendak bagi mencari satu sumber sehenti yang mampu menjimatkan masa terhad anda. Nah, ini solusi terbaik yang mampu membantu anda; iaitu membeli keperluan tersebut di pasar tani anjuran pihak FAMA.

Bagi anda yang duduk di sekitar Rawang, Pasar Tani Bandar Tasik Puteri adalah lokasi pasar tani paling tepat buat anda. Berhadapan dengan Sekolah Menengah Bandar Tasik Puteri Rawang, pasar tani ini memang telah menjadi tumpuan umum bermula pada 11 Mac 2003. Dengan jumlah usahawan seramai 69 orang beroperasi selepas waktu bekerja iaitu bermula jam 4.00 petang, pada hari Isnin setiap minggu menjanjikan yang terbaik.

Pasar Tani adalah satu medium terbaik dalam menjimatkan belanja dapur rumah anda. Mengapa? Kerana harga pasar tani adalah tidak melalui orang tengah, dan kebanyakannya dibawa terus dan segar dari ladang dan lokasi sumber mentah ini diperolehi.

Antara komoditi paling popular di pasar tani ini ialah ikan kering dan masin pelbagai jenis seperti ikan masin sepat, bilis pelbagai gred dan kualiti, ikan masin tenggiri dan banyak lagi. Harganya yang jauh lebih murah berbanding di kedai bekalan runcit dan pasar raya, membuatkan pasar tani ini menjadi tumpuan utama bagi barangan berasaskan ikan kering dan masin.

Selain itu, tarikan utama di sini adalah kerana makanan bakarnya terutamanya Kambing Bakar Blackpepper. Rasa jus hasil perapan kambing yang enak, ditambah dengan sos blackpepper yang menyelerakan, membuatkan selera makan bertambah dan tidak mahu ketinggalan untuk membeli hirisan daging tersebut untuk dibawa pulang ke rumah untuk dimakan bersama ahli keluarga.

Jadual

Maklumat
Alamat HADAPAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR TASIK PUTERI
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
4.00 ptg - 10.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 8.10 8.50 0.40 13-07-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 13-07-2019
3 DAGING PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 13-07-2019
4 IKAN CENCARU KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 13-07-2019
5 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 16.10 17.00 0.90 13-07-2019
6 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 13-07-2019
7 IKAN SELAR KILOGRAM 16.10 17.00 0.90 13-07-2019
8 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 13-07-2019
9 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 13-07-2019
10 PISANG MAS KILOGRAM 5.20 5.50 0.30 13-07-2019
11 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 13-07-2019
12 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 13-07-2019
13 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 13-07-2019
14 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 13-07-2019
15 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 22-06-2019

Penginapan Berhampiran