PASAR TANI BATU 13, PUCHONG

Maklumat Lanjut

“KAWASAN BEKAS SEJARAH JADI TUMPUAN”

Batu 13 merupakan sebuah lokasi penempatan beberapa buah kampung seperti Kampung Sri Aman dan Kampung Kenangan. Jika anda seorang pencinta sejarah, anda pasti ingat akan kisah kapal korek lombong yang pernah terbalik di sini dan sebuah kisah sejarah mengenai Buaya Puchong yang pernah menggemparkan negara satu ketika dulu; kisah tersebut pernah menjadi sejarah besar di Batu 13, Puchong ini. Sedikit sebanyak lokasi ini lebih dikenali ramai kerana pautan sejarahnya cukup diingati sehingga hari ini. Lokasinya mudah dijejaki kerana ianya terletak bersebelahan Pasar Tani Kekal Puchong dan amat berdekatan dengan Plaza Tol Batu 13 Puchong.

Pasar Tani ini menjadi tumpuan padat penduduk kerana salah satu faktornya adalah ianya berdekatan dengan lebih lima buah kampung di dalam Batu 13, Puchong ini sendiri di samping terdapat kawasan perindustrian pesat di sekelilingnya. Antara komoditi utama pilihan pengunjung pasar tani adalah terdiri dari komoditi ikan darat segar, ikan laut segar, daging segar, ayam segar, sayur-sayuran segar, aneka sayur kampung dan ulam-ulaman, buah-buahan tempatan dan buah bermusim juga ada dijual di sini. Banyak pilihan sebenarnya, tak mampu disenaraikan satu persatu kerana komoditinya terlalu banyak. Lalu tidak hairanlah bila mana pasar tani Batu 13 ini menjadi pilihan para pengguna yang terdirid dari pelbagai jenis bangsa, kaum dan peringkat umur.

Bagi peminat telur masin, anda boleh terus mampir ke gerai Hanna’z Delight (Telur Itik Masin). Nak borong boleh, nak beli beberapa biji sahaja pun boleh. Yang pasti penjualnya menjaga kualiti dan rasa telur masin ini. Sesuai dengan tagline mereka,’Enak, Lemak dan Gebu’. Apa lagi, jomlah kita borong telur masin di sana. Tak rugi kita sokong produk keluaran tempatan. Menang kualiti, menang dapatan produk yang dibeli. Kan itu namanya pilihan bijak?

Menu makanan dan minuman popular di sini sangat banyak. Di sini, anda boleh cuba ke gerai aneka jenis pau goreng. Ada Pau Sardin, baby chakoi, baby donat dan lain-lagi lagi. Nak rasa samosa pun bagus juga. Di sini ada Samosa Resipi Tradisi, ada juga lokcing iaitu sate ikan, sotong goreng, apam balik rangup mini, murtabak legend dan aneka air balang besar.

Teringin nak makan putu mayam? Di sini pun ada! Lembut benar tekstur putu mayamnya, dicicip dengan kelapa bergaul sedikit garam dan juga gula perang. Memang nikmat yang bakal teringat-ingat sehingga ke esok rasannya. Nak sedap lagi, jom pekena nasi kerabu ori. Boleh pilih nak lauk apa, ada ayam percik, nak lauk ikan pun ada. Ditambah lagi makan dengan solok lada, ummphhh!!! Nak lagi lemak gaul dengan telur masin dan ulam-ulaman yang ada. Alamak, kan dah meleleh air liur tu. Hihihi.

Dah ada kat sekitar Batu 13 tu, cepat-cepatlah singgah tau! Yang pasti, wajib bawa keluarga bersama. Pasti lebih meriah dan penuh dengan rasa teruja. Jumpa anda di sana!

Jadual

Maklumat
Alamat Batu 13, Jln Klang Puchong
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 12.00 tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini

Penginapan Berhampiran