PASAR TANI SEKSYEN 16, BANDAR BARU BANGI

Maklumat Lanjut

Bandar Baru Bangi merupakan sebuah Bandar yang sangat sibuk. Digelar sebagai Bandar ilmu, tidak hairan Bandar ini tidak pernah sunyi dengan trafik yang padat dengan penduduk mahupun pengunjung yang bertali-arus. Justeru, warga Bandar Baru Bangi sangat memakmurkan kewujudan pasar tani yang diusahakan oleh pihak FAMA di seksyen 16 ini.

Pasar Tani Bandar Baru Bangi dibuka pada 15 oktober 1987 .Pasar tani Bandar Baru Bangi ini strategik di mana ianya bertempat di lokasi tumpuan umum. Terletak di tepi Stesen Minyak Shell Seksyen 16, Pejabat Pos dan tidak jauh dari Bank Islam, pasar tani ini sememangnya tumpuan utama bagi mereka-mereka yang baru pulang dari kerja secara umumnya. Beroperasi setiap hari khamis bermula jam 2.00 petang sehingga jam 7.00 malam sahaja.

Di sini terdapat pelbagai jenis menu yang membuka selera contohnya Nasi Ambeng Dunia. Diadun dengan kombinasi nasi putih, serunding enak yang cair dimulut, diserasikan dengan tambahan mee goreng dan sambal goreng power yang menaikkan rasa dan keenakannya, dan tak lupa juga ikan masin bulu ayam rangup sebagai penyedap sehingga tak sedar licin sudah sebungkus rupanya!

Anda tiada masa hendak memasak? Tapi mahukan menu lengkap yang berkhasiat lagi menyelerakan. Nah, selain nasi ambeng, anda wajib juga cuba aneka pilihan nasi berlauk di sini. Jika mahukan makanan tanpa minyak yang berkhasiat demi menjaga diet seimbang, jom cuba Capati. Di sini ada terdapat capati yang diuli di depan mata anda.

Jikalau anda sukakan makanan ala thai, dan lebih gemarkan sesuatu yang lebih kepada kudapan ringan dan santai, di sini anda patut ke gerai menjual somtam. Ianya juga sesuai bagi mereka yang sedang menjaga diet namun mahukan sesuatu untuk dikunyah secara santai.

Barangan segar basah dan kering di sini penuh dengan varieti. Anda hanya perlu datang, pilih, timbang dan silakan menawar sehingga rasa berpuas hati dengan harga yang diberikan. Jangan tak tahu, di pasar tani, adalah sebenarnya digalakkan bagi pembeli untuk mengamalkan sikap tawar menawar. Kenapa perlu bayar lebih sekiranya anda berhak menerima harga paling munasabah dan berbaloi dengan wang yang anda keluarkan?
 
Anda pasti tersenyum puas tatkala melihat apa yang anda jinjing ditangan dalam perjalanan pulang.

Jadual

Maklumat
Alamat BERHAMPIRAN KOMPLEKS PENDIDIKAN ISLAM BANGI & STESEN MINYAK SHELL
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
2.00 ptg - 7.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 6.60 7.00 0.40 11-04-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 11-04-2019
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 24.70 26.00 1.30 11-04-2019
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 33.20 35.00 1.80 11-04-2019
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 12.80 13.50 0.70 11-04-2019
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 19.90 21.00 1.10 11-04-2019
7 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 14.20 15.00 0.80 11-04-2019
8 IKAN SELAR KILOGRAM 19.00 20.00 1.00 11-04-2019
9 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 11-04-2019
10 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 11-04-2019
11 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 2.90 3.20 0.30 11-04-2019
12 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 11-04-2019
13 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 11-04-2019

Penginapan Berhampiran