PASAR TANI BANDAR COUNTRY HOMES

Maklumat Lanjut

“MARI SINGGAH SATU FAMILI KE PASAR TANI”

Lokasi Pasar Tani ini terletak di kawasan pusat perdagangan Bandar Country Homes, Rawang. Antara komoditi paling popular di pasar tani ini ialah daging segar, hasil laut segar seperti pelbagai varieti ikan, sotong, ketam, udang dan banyak lagi. Selain itu, sayur-sayuran tempatan dan juga tanaman jangka pendek menjadi pilihan utama di pasar tani ini. Ada pilihan banyak jenis ulam-ulaman dari pegaga, daun kaduk, jantung pisang, pucuk daun gajus, hinggalah ke ulam-ulaman yang jarang-jarang dilihat kebiasaannya. Pelbagai jenis hasil tanaman kekacang banyak dijual di pasar tani ini. Jangan bimbang, harga di sini telah dipantau oleh pihak FAMA sendiri kerana mereka sangat menitik beratkan cogan kata ‘Jihad Dalam Memerangi Orang Tengah’.

Jika anda terlepas nak ke kedai runcit, di sini ada juga menjual barangan asas memasak di dapur. Garam, gula, minyak masak, asam jawa, asam keping, kunyit sehinggalah kepada pelbagai jenis bawang, kentang, mahupun hasil ubi dan keledek ada dijual di gerai-gerai di pasar tani di sini.

Kuasa tawar menawar ada di tangan anda. Sebagai pengguna, bijaklah memilih, dan menawar. Tiada istilah harga mati untuk semua produk di pasar tani ini. Jangan malu jangan segan, bertanya saja.

Jika anda peminat buah-buahan kering mahupun produk sunnah, ada gerai di pasar tani yang mampu memenuhi permintaan dan kehendak anda. Silakan singgah, nak tahu murah atau mahal, jangan tanya pada yang tidak pernah ke sini. Tapi, silakan datang dan nilaikan sendiri. Pasti anda akan pulang ke rumah dengan tangan yang penuh di kiri dan kanan kerana di sini sudah pasti penuh dengan puluhan malahan ratusan pilihan produk dan barangan terpilih. Memang berbaloi-baloi Kak Kiah, Abang Mail, Adik Adam oiii! Hihihi.

Satu keseronokan membeli belah di pasar tani adalah kerana bukan saja meriah dengan varieti komoditi segarnya, tetapi juga kerana limpahan makanan popularnya juga. Tak perlu tunggu teringin atau mengidam teruk baru nak pergi cari ke pasar, tapi sekadar nak jalan cuci mata pun dah seronok sangat tau.

Biasanya di sini, terdapat pilihan makanan panas, kuih muih kukus, goreng-gorengan, nasi berlauk, pelbagai jenis sup dan mi, masakan berkawah yang panas-panas, air balang besar, dan tak kurang sedapnya, aneka kuih tradisi yang sudah lama mempunyai peminat setianya tersendiri.

Ada pizza panas dari oven, keropok lekor aneka rasa, masakan lauk pauk menu utara, selatan, apam balik tradisional, yang berintikan kacang merah, pulut hitam dengan kelapa pun ada tau. Kalau anda suka makan popiah basah, di sini juga ada. Intinya memang tak kedekut tau, melimpah-limpah sampai gendut isinya kelihatan, sambalnya lagilah. Banjir!

Jomlah singgah pasar tani Bandar Country Homes Rawang, rugi tau tak mari!

Jadual

Maklumat
Alamat Di Pusat Perdagangan Bandar Country Homes
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
4.00 ptg - 10.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 8.40 8.80 0.40 14-09-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 14-09-2019
3 DAGING PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 14-09-2019
4 IKAN CENCARU KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 14-09-2019
5 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 14-09-2019
6 IKAN SELAR KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 14-09-2019
7 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 14-09-2019
8 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 14-09-2019
9 PISANG MAS KILOGRAM 5.20 5.50 0.30 14-09-2019
10 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 14-09-2019
11 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 14-09-2019
12 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 2.10 2.50 0.40 14-09-2019
13 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 14-09-2019
14 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 31-08-2019
15 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 31-08-2019

Penginapan Berhampiran