PASAR TANI BANDAR BUKIT SENTOSA

Maklumat Lanjut

“BAHAN MENTAH SEGAR, BERKUALITI DAN PILIHAN YANG PELBAGAI”

Pasar Tani Bandar Bukit Sentosa dibuka pada  12 Disember 2003 .  Mempunyai 58 orang usahawan melibat 100 petak lot niaga . Pada awal pembukaan sekitar kawasan ini belum begitu membangun tetapi dengan semangat yang kental Pasar Tani terus wujud dan membangun .Kedudukan Pasar Tani adalah di utara Negeri Selangor .

Jika anda berada di sekitar kawasan Bukit Sentosa, adalah satu kemestian untuk mengunjungi  Pasar Tani Bukit Sentosa yang beroperasi dari jam 4.00 petang sehingga 10.00 malam pada setiap hari  Jumaat. Jika anda seorang peminat tegar nasi beriani, jom! Cuba ke gerai pasar tani di Bukit Beruntung ini yang ada menjual nasi beriani Gam Johor resepi asli dari negeri berdaulat, Johor Darul Takzim.

Menu lain yang tak kurang enak dan lazat juga ada di sini seperti Kenari Murtabak. Jangan tak tahu, murtabak ini turut menjadi pilihan hotel-hotel bertaraf lima bintang di sekitar Kuala Lumpur seperti Hotel Le Meridian dan Hotel Royale Chulan. Wah, pasti enak, lazat dan menyelerakan. Tak perlu lagi nak pergi jauh-jauh kalau semuanya boleh saja didapati di Pasar Tani Bukit Sentosa.

Untuk anda pula yang suka membeli bahan mentah segar, nah! Pilihan Ikan laut segar adalah antara yang menjadi titipan wajib bagi pengunjung setia pasar tani di sini. Semudah pilih, timbang dan bayar. Mahal tak? Ish, kalau mahal silakan terus ke kaunter urusetia Pasar Tani kami. Di situ ada pegawai bertanggungjawab yang senantiasa ada bagi memantau segala aktiviti urus niaga para peniaga. Terbaik bukan?

Harga di sini semua dipantau dan dijamin sangat berbaloi murah. Cuma, kalau nak datang, jangan lupa bawa duit lebih. Pasti takkan menyesal. Jangan dengar dari bibir kawan saja, mari! Rasai sendiri nikmat membeli barang mentah mahupun segala jenis juadah di sini. Tak tahu di mana ianya terletak? Mudah saja, cari mercu tanda stesen bas Bukit Sentosa atau Tesco Bukit Sentosa.

Jadual

Maklumat
Alamat BERSEBELAHAN STESEN BAS BUKIT SENTOSA
E-mel email
Telefon Telephone
Laman web website
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
4.00 ptg - 10.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 8.40 8.80 0.40 14-09-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 14-09-2019
3 DAGING PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 14-09-2019
4 IKAN CENCARU KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 14-09-2019
5 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 14-09-2019
6 IKAN SELAR KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 14-09-2019
7 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 14-09-2019
8 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 14-09-2019
9 PISANG MAS KILOGRAM 5.20 5.50 0.30 14-09-2019
10 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 14-09-2019
11 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 14-09-2019
12 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 2.10 2.50 0.40 14-09-2019
13 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 14-09-2019
14 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 31-08-2019
15 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 31-08-2019

Penginapan Berhampiran

“BAHAN MENTAH SEGAR, BERKUALITI DAN PILIHAN YANG PELBAGAI”

Pasar Tani Bandar Bukit Sentosa dibuka pada  12 Disember 2003 .  Mempunyai 58 orang usahawan melibat 100 petak lot niaga . Pada awal pembukaan sekitar kawasan ini belum begitu membangun tetapi dengan semangat yang kental Pasar Tani terus wujud dan membangun .Kedudukan Pasar Tani adalah di utara Negeri Selangor.