PASAR TANI JENARIS, KAJANG

Maklumat Lanjut

Dahulunya pasar tani ini dikenali sebagai Pasar Tani Prima Saujana, namun kini telah bertukar nama kepada Pasar Tani Jenaris.

Pasar tani ini menjadi tumpuan umum kerana sumber komoditinya yang banyak. Salah satunya adalah tanaman jangka pendek. Apa itu tanaman jangka pendek? Tanaman tersebut adalah seperti pucuk ubi, daun pegaga, kacang botor, ulam raja dan banyak lagi.

Oh, baru tahu kan? Tak mengapa, anda boleh bertanya kepada para peniaga di pasar tani sekiranya inginkan info tambahan dan kepastian. Di sana ada juga urusetia yang bertanggungjawab memantau keadaan dan situasi di pasar tani dari awal ianya dibuka jam 7.00 pagi setiap Sabtu sehinggalah jam 12.00 tengahari, setiap minggu.

Selain tanaman jangka pendek, komoditi lain yang senantiasa menjadi tarikan di pasar tani ini adalah seperti komoditi ikan laut, ikan darat, ikan kering, udang harimau, ayam kampung segar dan proses, daging segar, tanaman dan pokok hiasan, itik salai, kulat dan cendawan dan pelbagai lagi. Memang Pasar Tani Jenaris cukup lengkap dan menjadi pilihan semua kaum yang berada di sekitar Kajang ini secara umumnya.

Satu lagi tarikan terbaharu di Pasar Tani Jenaris ini ialah, terdapat food court terbuka yang baharu sahaja dibuka bagi memudahkan para pengguna pasar tani yang majoritinya datang seawal jam 7 pagi untuk membeli keperluan segar dan juga makanan di sini.

Pagi-pagi lagi sudah ada masakan panas seperti Nasi Lemak Pelbagai Jenis Lauk, Kacang Pool JB, Char Kuey Teow, Laksa Johor Kuah Frozen dari Baariklana, dan tidak ketinggalan Lemang Periuk Kera yang memang unik dan mempunyai peminatnya tersendiri.

Selain merujuk kepada longitude diberikan, anda juga boleh merujuk kepada mercu tanda seperti Kolej Komuniti Hulu Langat atau Wakil Servis Proton iaitu Syarikat Emerald Technic Sdn. Bhd.

Jadual

Maklumat
Alamat BERHAMPIRAN KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT & PUSAT SEVIS PROTON EMERALD TECHNIC SDN BHD
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 12.00 tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.40 7.80 0.40 05-07-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 05-07-2019
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 19.00 20.00 1.00 05-07-2019
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 30.40 32.00 1.60 05-07-2019
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 05-07-2019
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 05-07-2019
7 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 05-07-2019
8 IKAN SELAR KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 05-07-2019
9 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 05-07-2019
10 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 05-07-2019
11 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 05-07-2019
12 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 05-07-2019
13 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 05-07-2019
14 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 16-03-2018

Penginapan Berhampiran