PASAR TANI SEKSYEN 6, KELANA JAYA

Maklumat Lanjut

“PUSAT TUMPUAN KOMODITI UTAMA PELBAGAI KAUM DAN BANGSA”

Lokasinya adalah terletak berdekatan dengan Klinik Kesihatan Kelana Jaya, Yamaha Music Malaysia dan Wisma Sawit Kelana Jaya. Pasar tani ini kelihatanya dibanjiri pengunjung seawal jam 7 pagi lagi. Biasanya, mereka yang gemar memasak di rumah akan datang seusai subuh ke sini bagi mengelak kesesakan. Pilihan ke pasar tani adalah satu langkah bijak di mana semua jenis komoditi ada di sini. Ikan laut seperti merah, siakap, parang, bawal, kembung, selar, tenggiri, disamping sayur-sayuran segar dari ladang, daging segar, ayam dan pelbagai lagi turut ada di sini.

Di pasar tani Seksyen 6, Kelana jaya ini turut mempunyai gerai yang menjual ikan darat yang masih hidup segar. Pelanggan boleh memilih sendiri nak yang mana satu, sekadar tunjuk, tanya harga, pilih timbang dan penjual akan siapkan menyiang. Nak potong berapa bahagian pun boleh, bagitahu saja. Segalanya bereh!

Pada peminat ikan masin, di sini ada dijual aneka ikan masin seperti tamban, sepat, kurau dan bulu ayam dan tak ketinggalan juga aneka belacan. Sayuran hijau, termasuklah daun kunyit, herba asas seperti halia, lengkuas, daun kesum, sayuran tanaman jangka pendek sehinggalah ke daun pandan dan bunga kantan semua ada dijual di sini. Jangan risau, stok pasti ada dan mencukupi.

Rata-rata pengunjung terdiri dari pelbagai bangsa, umur dan juga golongan. Masing-masing kelihatan penuh teruja berkunjung ke pasar tani. Siapa tak rambang mata bila pergi ke tempat yang penuh dengan bahan-bahan dan produk segar, bukan? Peminat tanaman herba dan sayuran juga, ini pasar tani yang tepat untuk anda kunjungi. Boleh cuci mata apatah lagi menyinggah ke gerai yang menjual pelbagai jenis anak pokok, benih, dan juga baja malah tanah hitam dan lain-lain di gerai yang ada.

Bagi peminat pisang, sebut saja anda nak pisang apa? Berangan, tanduk, pisang raja, emas nyatakan saja. Nak yang kurang masak, nak yang terlebih masak, beritahu saja pada yang pakar. Mereka pasti setia melayani kehendak anda. Nak menawar, boleh saja. Inikan pasar tani, tiada istilah orang tengah. Jadi, mengapa perlu pergi ke tempat lain lagi walhal pasar tani ini boleh memberi anda harga paling menjimatkan wang dapur anda. Lalu andalah pengguna bijak bilamana membeli belah di pasar tani.

Yang menarik di pasar tani ini, terdapat foodcourt terbuka dengan pilihan aneka gerai makanan yang sangat membuka selera anda. Boleh cuba makan di gerai Din Murtabak, roti bom ada, roti kosong ada, roti sardin, roti planta, macam-macam ada. Pesan saja nak yang bagaimana, pasti siap segera.

Bagi peminat biskut ala-ala Famos Amos, di sini ada berita baik menanti anda. Anda boleh cuba cookies hasil anak tempatan iaitu Original MANAF, rasanya setanding jenama terkenal itu. Boleh cuba tester jika rasa ragu, Cuma silakan bawa duit lebih sebab rasanya memang WOW! Selain itu, kalau nak cuba roti john, kek gebu cheese ataupun yong tau fu, juga ada di samping aneka kuih muih bergoreng, kukus dan tak kurang menu-menu western yang lain. Semuanya ada di Pasar Tani Seksyen 6, Kelana Jaya ini. Jemput singgah, ya!

Jadual

Maklumat
Alamat Klinik Kesihatan Kelana Jaya dan Wisma Sawit.
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 12.00 tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.10 7.50 0.40 10-05-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 10-05-2019
3 DAGING PEJAL KILOGRAM 37.00 39.00 2.00 10-05-2019
4 IKAN CENCARU KILOGRAM 14.20 15.00 0.80 10-05-2019
5 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 21.80 23.00 1.20 10-05-2019
6 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 18.00 19.00 1.00 10-05-2019
7 IKAN SELAR KILOGRAM 22.80 24.00 1.20 10-05-2019
8 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 5.70 6.00 0.30 10-05-2019
9 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 10-05-2019
10 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 10-05-2019
11 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 10-05-2019
12 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 5.70 6.00 0.30 10-05-2019
13 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 10-05-2019
14 PISANG MAS KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 20-02-2018

Penginapan Berhampiran