PASAR TANI KAMPUNG MELAYU SUBANG

Maklumat Lanjut

“ANEKA KOMODITI DAN MAKANAN SEGAR JADI PILIHAN”

Kampung Melayu Subang merupakan sebuah perkampungan yang dibangunkan pada awalnya untuk tujuan pertanian para penduduknya. Namun, dengan terbangunnya Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada era 70an, penduduk tidak lagi terarah kepada bidang pertanian sebaliknya memenuhi ruang kerja yang diwujudkan pada era tersebut dengan kebanjiran penghijrah yang pesat seiring dengan arus permodenan yang dibawa pada era tersebut. Dan kini jumlah kepadatan penduduk yang semakin meningkat telah membuatkan banyak permintaan dalam mewujudkan ruang niaga pasar tani segar di kawasan ini. Dan ternyata, kewujudan pasar tani Kampung melayu Subang adalah satu perkara yang telah pun direalisasikan dan telah memberi impak positif atas keberadaannya di kawasan ini. Lokasinya adalah terletak di dataran Tapak Pasar Tani Kekal Kampung Melayu Subang dan berhampiran dengan Surau NurrurRahmah. Yang pasti pasar tani ini amat mudah anda jejaki.

Di sini ada banyak pilihan variety komoditi popular mengikut selera pengguna masing-masing. Pihak FAMA memahami keadaan ini dan terlahirlah banyak gerai usahawan yang menjual pelbagai jenis komoditi bagi memenuhi permintaan ini. Ada pilihan banyak jenis ikan laut yang segar-bugar, ada juga sotong, ketam, kerang, ikan darat pelbagai jenis juga ada, tidak ketinggalan ayam segar semudah pilih, timbang, potong dan bayar, aneka sayuran segar dari ladang, ulaman kampung, buah-buahan dari buah limau, langsat, mata kucing, mangga sampailah ke aneka ubi-ubi dan  pisang yang pelbagai jenis.

Nak masak lemak pisang muda, di sini boleh cari pisang yang mentah sedikit, nak buat kerabu jantung pisang, nah di sini ada juga ada dijual bahan mentahnya, ulam petai, daun pisang sampaikan ke bahan media bercetak seperti surat khabar, majalah dan bahan ilmiah juga ada dijual di pasar tani ini. Tak cukup lagi, nak beli makanan sunnah, seperti madu, buah-buahan kering seperti kismis, tamar, buah tin, kekacang, aneka biskut pelbagai rasa dan perisa dalam tin juga ada. Nak beli makanan sejuk beku seperti pau frozen, karipap frozen, aneka mi dan kuey teow buatan muslim juga ada, dan tak ketinggalan aneka air buah dan jus juga ada.

Ada lagi tak? Ada, pada peminat kuih-muih kukus dibalut dengan daun pisang, jom cuba aneka lepat di sini. Ada lepat ubi, lepat pisang, lepat labu, tepung bungkus dan yang jarang kita dengar, iaitu lepat liat. Nak tahu apa rasanya? Pada penggemar cekodok, di sini pun ada jual cekodok istimewa. Apa yang istimewa sangat tu? Nak tahu, kenalah segera berkunjung ke Pasar tani Kampung Melayu Subang. Ada juga nasi kerabu daging bakar enak yang rangup di mulut. Jangan lupa singgah

Jadual

Maklumat
Alamat Jln Shah Alam-Sg Buloh, Kg Melayu Subang
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES STANDARD KILOGRAM 8.10 8.50 0.40 29-05-2021
2 BETIK KAMPUNG KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 29-05-2021
3 CILI MERAH MINYAK KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 29-05-2021
4 DAGING LEMBU PEJAL KILOGRAM 38.00 40.00 2.00 29-05-2021
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 29-05-2021
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 22.30 23.50 1.20 29-05-2021
7 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 14.20 15.00 0.80 29-05-2021
8 IKAN SELAR KILOGRAM 23.00 24.20 1.20 29-05-2021
9 KUBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 7.60 8.00 0.40 29-05-2021
10 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 29-05-2021
11 TEMBIKAI MERAH TANPA BIJI KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 29-05-2021
12 TIMUN HIJAU KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 29-05-2021
13 TOMATO (TANAH TINGGI) KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 29-05-2021

Penginapan Berhampiran