PASAR TANI KG. PANDAN, AMPANG

Maklumat Lanjut

UNIKNYA PASAR TANI DI BAWAH JAMBATAN MEDAN CANTIK”

Macam tak percaya, kan di bawah sebuah jambatan ditengah kepesatan bandar terdapat sebuah pasar tani penuh pengunjung pada setiap hari Khamis setiap minggu? Ini tak pelik, ianya benar berlaku. Pasar Tani Kampung Pandan ini telah ditubuhkan pada 29 April 1999 beroperasi pada setiap hari Khamis, bermula jam 8 pagi sehingga jam 8 malam. Wow, ekstra panjang waktu operasi, bukan. Keberadaan pasar tani ini adalah akibat dari faktor kepesatan pembangunan yang telah wujud di Kampung Pandan itu sendiri. Jangan tak tahu, Kampung Pandan ini adalah antara saki baki, satu daripada beberapa saja kampung yang masih wujud dek kepadatan kota metropolitan selain dari Kampung Baru dan Kampung Kerinci.
 
Di sini terdapat jualan tanaman pokok hiasan, herba dan tumbuhan yang pelbagai. Baja, kelengkapan ringkas bercucuk tanam turut dijual. Antara tarikan utama komiditi popular di pasar tani ini adalah ikan laut segar seperti kembung, mambong, selar, ikan merah, siakap, dan tak ketinggalan ikan darat seperti keli kampung juga ada dijual di pasar tani ini. Selain ikan segar, ada juga ayam proses segar, daging segar dan tidak ketinggalan aneka sayur-sayuran segar disamping tanaman jangka pendek seperti kacang botol, daun kucai, daun bawag, daun kesum dan aneka herba-herba tempatan seperti halia, kunyit hidup, lengkuas dan pelbagai lagi.

Di sini ramai pengunjung gemar beli berpapan-papan telur ayam segar. Di sini turut ada banyak pilihan, bukan sekadar telur ayam, malah telur itik, dan telur ayam kampung juga ada. Memang sesuai sangat bagi anda yang gemar membuat kek, kuih muih mahupun apa juga hidangan berasaskan telur. Di sini juga komoditi buah-buahan sangat menerima permintaan yang tinggi. Kan bagus begini, membudayakan makan buah terutamanya buah-buahan tempatan seperti betik, pisang, mangga dan lain-lain jenis buah-buahan. Pemakanan yang seimbang penting untuk kesihatan jangka panjang tau.

Selesai membeli barangan dapur dan keperluan harian, jom cuba makanan yang dijual di sini. Di sini terdapat aneka minum berasaskan soya seperti air soya panas, sejuk mahupun taufu fa panas. Nak apam balik lebih inti, lebih jagung atau lebih kacang mahupun coklat juga ada di sini, janji bawa ekstra wang saku ke sini tau. Kepada peminat chakoi, di sini ada baby chakoi dan juga pau goreng berintikan kacang merah. Emm, sedapya bila dimakan panas-panas. Terasa keenakannya di situ! Nak sate? Pun ada di sini. Sate daging ada, sate ayam juga ada. 

Jangan lepaskan peluang untuk singgah di bawah Jambatan Medan Cantik, Ampang ni tau. Tak sempat datang siang, jangan risau. Pasar tani ini beroperasi dari 8 pagi hinggalah ke 8 malam. Memang terbaik!

Jadual

Maklumat
Alamat Di bawah jambatan (flyover) Kampung Pandan, dan 300 meter dari Tesco Ampang.
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
8.00 pg - 8.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.10 7.50 0.40 24-05-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 24-05-2019
3 DAGING PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 24-05-2019
4 IKAN CENCARU KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 24-05-2019
5 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 12.30 13.00 0.70 24-05-2019
6 IKAN SELAR KILOGRAM 19.00 20.00 1.00 24-05-2019
7 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 24-05-2019
8 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 24-05-2019
9 PISANG MAS KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 24-05-2019
10 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 24-05-2019
11 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 24-05-2019
12 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 24-05-2019
13 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 24-05-2019
14 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 20.90 22.00 1.10 20-05-2019
15 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 13-08-2018

Penginapan Berhampiran