PASAR TANI KOTA DAMANSARA

Maklumat Lanjut

Pasar Tani ini dibuka pada 30 Ogos 1998, mempunyai seramai 55 usahawan, terletak di antara kawasan elit penduduknya namun masih menjadi pilihan ramai dalam membeli barang keperluan segar dan pelbagai seperti ikan, daging, ayam, bahan kering, buah-buahan tempatan, pakaian dan banyak lagi. Berhampiran Stesen Pengangkutan moden MRT Kota Damansara yang menghubungkan laluan Sg.Buloh-Kajang .

Kebanyakan penduduk di sini lebih memilih untuk membeli barangan keperluan isi rumah mereka pada awal pagi, di mana mereka tidak perlu beratur panjang dan bersesak-sesak seperti mana berada dalam pasar raya.

Antara tarikan utama komiditi popular di pasar tani ini adalah ikan laut dan juga makanan popular bercitarasa selera negeri seperti Nasi Kerabu, Laksam, Nasi Dagang, Apam Balik Tradisional, Roti John Special Ayam dan daging berempah, Masakan Panas Berkawah, Kuih muih talam, kuih kukus, kuih tradisional Melayu dan macam-macam lagi.

Di Pasar Tani Kota Damansara ini juga ada disediakan food court, khas untuk anda dan keluarga yang mengunjungi pasar tani Kota Damansara. Sarapan sebentar sambil berehat sebelum sambung membeli barangan yang dihajati cara ini cukup santai dan menambah baik kualiti dan sistem yang ada di pasar segar sebegini.

Bagaimana nak ke Pasar Tani Kota Damansara ini? Mudah saja, berpandukan mercu tanda uptown Kota Damansara dan juga Gadget World 666 (Kedai Ustaz), pasti anda akan menjumpai pasar tani ini. Dibuka pada setiap hari Ahad, pasar tani ini memulakan operasi seawal jam 7.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Jadual

Maklumat
Alamat BERSEBELAHAN UPTOWN KOTA DAMANSARA & BERHADAPAN GADGET WORLD 666
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 12.00 tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.60 8.00 0.40 15-03-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 15-03-2019
3 DAGING PEJAL KILOGRAM 38.00 40.00 2.00 15-03-2019
4 IKAN CENCARU KILOGRAM 12.30 13.00 0.70 15-03-2019
5 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 16.10 17.00 0.90 15-03-2019
6 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 15-03-2019
7 IKAN SELAR KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 15-03-2019
8 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 15-03-2019
9 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 15-03-2019
10 TELUR AYAM BIJI 0.50 0.50 0.00 15-03-2019
11 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 15-03-2019
12 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 15-03-2019
13 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 3.40 3.80 0.40 15-03-2019
14 PISANG MAS KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 20-02-2018

Penginapan Berhampiran