PASAR TANI KOTA KEMUNING

Maklumat Lanjut

Jangan terkejut apabila anda pertama kali menjejak kaki ke Pasar Tani Kota Kemuning, Shah Alam ini dan melihat orang ramai yang beratur panjang seperti hendak membeli tiket bolasepak Sukan Sea. Ya, ini semua sebab Gerai Nasi Lemak Beratur yang telah tular terutamanya bagi penduduk sekitar kawasan Kota Kemuning. Apa yang istimewanya tentang nasi lemak ini, sehinggakan penjualnya belum sempat menggoreng ayam tetapi sudah ramai orang sanggup beratur demi menjadi yang terawal dalam membeli nasi lemak ini?

Biar gambar berbicara, biar anda menyaksikan sendiri situasi ini. Nasi Lemak Beratur ini subjektif hendak diluahkan rasanya melalui bicara. Ada yang menyatakan sedapnya menu tersebut terletak dari sambalnya. Ada pula yang menyatakan sedapnya dari rempah rangup ayam yang diperap, dan tidak kurang menkonklusikan sedapnya menu tersebut dari kombinasi ‘kena gaya’ nasi lemak, sambal dan ayam goreng berempah tersebut. Lalu menjadi buah mulut ramai orang, bukan sekadar penduduk di sekitar Kota Kemuning sahaja.

Sekarang jom ke gerai apam balik pula. Di sini terdapat banyak variasi apam balik seperti apam balik pulut hitam berinti kelapa. Rasanya memang, fuh! Sedap tak terkata.

Nak cuba makanan Jepun pun ada juga. Jom cuba takoyaki banjir cheese dan sosnya. Benar-benar tak lokek penjualnya untuk bagi ekstra sos dan senyuman. Hihihi. Siapa kata mahal? Pergi dulu terjah pasar tani Kota Kemuning, baru tahu betapa harga di pasar tani ini jauh lebih murah dan berbaloi-baloi walau datang dari jauh.

Selesai beli makanan, jom beli barang segar dan hasil tani tempatan untuk dibawa pulang.  Komoditi popular di sini adalah sayur-sayuran disamping hasil laut segar seperti ikan, sotong, ketam, udang, dan macam-macam lagi. Bagi anda penggemar buah-buahan tempatan, ini merupakan pilihan bijak yang anda wajib lakukan, iaitu datang dan pilihlah buah-buahan segar yang dibawa terus dari ladang untuk anda.

Nak ke sana, jangan terlepas mercu tanda Hero Market atau Old Town White Coffee Kota Kemuning. Hari apa? Setiap Hari Rabu, bermula jam 4.00 petang sehingga 10.00 malam sahaja. Jom kita ramai-ramai!

Jadual

Maklumat
Alamat BERHAMPIRAN OLD TOWN WHITE COFFEE & BELAKANG HERO MARKET
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
4.00 ptg - 10.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.10 7.50 0.40 20-09-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 5.30 5.60 0.30 20-09-2019
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 20-09-2019
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 20-09-2019
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 20-09-2019
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 19.00 20.00 1.00 20-09-2019
7 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 20-09-2019
8 IKAN SELAR KILOGRAM 19.00 20.00 1.00 20-09-2019
9 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 5.30 5.60 0.30 20-09-2019
10 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 20-09-2019
11 PISANG MAS KILOGRAM 5.70 6.00 0.30 20-09-2019
12 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 20-09-2019
13 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 20-09-2019
14 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 20-09-2019
15 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 20-09-2019
16 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
17 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
18 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
19 DAGING PEJAL KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
20 IKAN CENCARU KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
21 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
22 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
23 IKAN SELAR KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
24 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
25 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
26 PISANG MAS KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
27 TELUR AYAM BIJI 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
28 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
29 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
30 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019

Penginapan Berhampiran