PASAR TANI KOTA KEMUNING 1

Maklumat Lanjut

“SEKALI LAGI PASAR TANI DALAM MASA SEMINGGU”

Ooopsss! Sekali lagi pasar tani di lokasi ini? Hari Rabu kan dah ada pasar tani di sini? Hari Sabtu pun ada lagi, di sini juga? Dahsyat benar penangan sambutan pasar tani di sini.

Ini bukan gurauan, tetapi benar terjadi. Dalam seminggu, ada dua kali pasar tani. Sangat mengujakan, bukan? Jangan pelik, tetapi kerana dek sambutan luar biasa penduduk di Kota Kemuning ini, perihal ini benar-benar menjadi realiti.

Seperti yang pernah diperkatan sebelum ini, barang segar dan hasil tani tempatan merupakan tujuan utama pasar tani ini menerima permintaan yang luar biasa baik sehinggakan terpaksa wujud dua kali pasar tani di lokasi sama dalam seminggu.

Komoditi popular di sini cukup pelbagai; Ada sayur-sayuran pelbagai jenis termasuklah ulam-ulaman, hasil laut segar seperti ikan, sotong, ketam, udang pelbagai jenis dan gred, hasil laut yang dikeringkan seperti aneka ikan bilis pelbagai gred, ikan masin pelbagai jenis dan banyak lagi. Selain itu, ada pilihan gerai menjual buah-buahan tempatan seperti mangga, epal, oren, tembikai, aneka jenis pisang, dan tidak ketinggalan pelbagai jenis gred telur ayam sehinggalah ke telur masin ada dan secara mudah boleh didapati di Pasar Tani Kota Kemuning ini.

Jika sebelum ini kita bercerita tentang Nasi Ayam Beratur yang memang dah terkenal viral dan popular di Kota Kemuning, kali ini kita beritahu anda makanan lain yang memang dah jadi rutin mesti beli tatkala pergi ke pasar tani ini.

Jom cuba rasa Yong Tau Fu Ummi. Jangan takut nak pilih, sebab di situ dah tertera harga siap-siap. Kalau anda rasa terlebih bajet, boleh cakap je dekat penjualnya nak berapa ringgit; mungkin juga nak ekstra bebola ketam, tak nak udang atau nak sayur lebih. Semuanya boleh diatur!

Nak makan jagung bakar? Ada, di sini ada gerai Sweet Corn. Penjualnya memang peramah, dan harganya memang mampu milik. Nak yang kukus pun ada, yang dalam cawan pun ada. Mintak saja nak yang bagaimana, ramah saja layanan yang bakal anda terima.

Pada yang gemar makanan bergoreng rangup, marilah cuba cendawan goreng. Nak swirl potates pun ada. Nak yang lemak-lemak enak, kita cuba pula cheesy with extra mustard wadges. Jangan tersasul menyebutnya pula tau. Yang penting rasanya sangat sedap, dan paling penting harganya amat berpatutan.

Tunggu apa lagi? Jom terjah Pasar Tani Kota Kemuning 1! Tak sempat nak pergi hari Rabu, kita singgah hari Sabtu pula. Memang berbaloi-baloi.

Jadual

Maklumat
Alamat Jalan Anggereik Vanilla T 31/T Kota Kamuning
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
4.00 ptg - 10.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.60 8.00 0.40 17-07-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 17-07-2019
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 17-07-2019
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 17-07-2019
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 12.30 13.00 0.70 17-07-2019
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 19.90 21.00 1.10 17-07-2019
7 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 17-07-2019
8 IKAN SELAR KILOGRAM 19.00 20.00 1.00 17-07-2019
9 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 6.40 6.70 0.30 17-07-2019
10 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 17-07-2019
11 PISANG MAS KILOGRAM 5.50 5.80 0.30 17-07-2019
12 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 17-07-2019
13 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 17-07-2019
14 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 17-07-2019
15 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 5.90 6.20 0.30 17-07-2019
16 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
17 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
18 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
19 DAGING PEJAL KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
20 IKAN CENCARU KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
21 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
22 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
23 IKAN SELAR KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
24 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
25 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
26 PISANG MAS KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
27 TELUR AYAM BIJI 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
28 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
29 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
30 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019

Penginapan Berhampiran